17 April 2013

Jiwang Duluuu :D


Cinta, kenapa kau tinggalkan aku ? Takkan ada cinta seperti dirimu lagi. Saat aku sendiri, kau malah semakin menjauh..ku ingin kau memelukku untuk terakhir kalinya. Aku begitu menyayangimu walaupun aku tahu kau takkan pernah peduli. Aku masih merindukanmu walaupun aku tahu kau terus menjauhi dariku, aku takkan sanggup menghapuskan bayanganmu. Tapi kini ku relakan kau pergi dariku. Kegembiraan yg kurasakan saat memilikimu telah berubah menjadi kesedihan kerana telah kehilanganmu. Mengapa diriku takkan pernah bisa melupakanmu dan mengapa dirimu yg selalu berada difikiranku. Mungkin salahku juga kerana terlalu mencintaimu sepenuh hatiku. Kuratapi kisahku dengan air mata, ku renungi kisah kita dengan tangis sendu. Hati ini terlalu sakit, kerana cintamu. Serpihan demi serpihan luka kurasa, kepingan demi kepingan tentang kita ku ingat..semakin ku kenang semakin hancur hati ini. Tapi mengapa ? Sampai sekarang aku masih boleh mencintaimu..seharusnya tak perlu aku tangisi, aku perlu kuat. Harusnya aku tak perlu pertaruhkan air mata ini hanya demi satu kenangan dan masa yg telah pergi. Tapi mengapa ? Mengapa sampai sekarang ku tak boleh melupakannya..mengapa terus jatuh ? Dan menumpahkan air mata yg perihkan hati ini..jatuh kerana cinta yg memgabaikan ku. Mataku yg menjadi saksi bagaimana air mata ku jatuh untuknya. Air mataku terus jatuh dengan banyak dan berderai. Terlalu lama menitis dan terus menumpah. Aku sendiri dengan kisah lamaku, yang tenggelam oleh tangisku bersama serpihan hati yg akan ku bawa sampai aku mati....


No comments:

Post a Comment