Pages

24 January 2014

Cinta Lelaki Baik vs. Cinta Lelaki Jahat

Nampaknya lelaki zaman sekarang ni tak ramai yang baik-baik. Kalau ada terjumpa yang ala-ala Seth Tan pun kira bertuah sangat-sangat ar. Bukan aku nak kata takde, actually ada je lelaki macam Seth Tan tu cuma perempuan je yang menolak dan lebih suka cari lelaki yang nakal atau lelaki jahat. Kan kan kan..

Biasanya lelaki baik ni akan hormat perempuan dan akan berusaha buat pasangan dia bahagia. Tapi lelaki nakal ni tak kisah sangat perasaan seorang wanita. Yang dia tau hanyalah jaga hati, perut dan duit dia saja.

Actually nak bezakan lelaki baik dan lelaki jahat tak susah pun (bagi akulah…). Maybe perempuan je kot yang rasanya susah nak sedar lelaki tu baik ke tak. Bila dah kena tebuk, kena pukul, dicurangi atau paling koman pun, kena tinggal tanpa khabar berita, baru diri sendiri frust menonggeng.

So untuk memudahkan cerita pasal lelaki baik dan lelaki jahat ni, cer korang baca situasi pertama dan situasi kedua di bawah ni. Perasan tak bezanya?

* * * * *

Pada suatu petang yang redup selepas hujan, sepasang kekasih keluar dari sebuah restoran makanan laut dengan perlahan-lahan sambil berpegangan tangan. Si lelaki sebelum itu, membuka pintu restoran untuk memberi laluan kepada si gadis keluar dan berjalan dengan sopan santunnya sambil memegang sling bag berwarna merah sepadan dengan gaun merahnya.

Mereka berjalan bersama menuju ke kereta. Ada ketikanya, si lelaki akan mengusik si gadis untuk mengundang tawa sesama mereka. Setibanya mereka di bawah sebuah lampu jalan, si lelaki memanggil si gadis.

Si lelaki: Awak, sini jap saya nak cakap sikit.
Si gadis: Apsal? Nak cakap apa?

Tiba-tiba si lelaki menendang tiang lampu yang berada di belakangnya dan terus berlari. Air hujan yang membasahi lampu jalan tersebut jatuh menimpa si gadis. Si gadis mengejar mendapatkan si lelaki lalu memukul manja si lelaki. Mereka ketawa bersama-sama selepas itu. (Ni scene dalam filem Ada Apa Dengan Cinta. Keh keh keh…)

Setibanya mereka di kereta, si lelaki membukakan pintu kereta untuk si gadis. Mereka kemudian berlalu dari tempat tersebut dengan bahagia dan gembira.
life smile better
* * * * *
Amacam? Baik gila tak mamat tu. Gentleman habis tak? Romantik apa tah lagi… Haha.. Mesti korang pun tersenyum je baca cerita tu. Sekarang kita masuk part bercinta dengan budak jahat lak.

* * * * *

Pada suatu petang yang redup selepas hujan, sepasang kekasih keluar dengan lajunya dari sebuah restoran makanan siam yang bernama restoran Thai Tanic. Kelihatan si lelaki leka menghisap rokok. Boleh plak si lelaki blah camtu je tanpa bukak pintu restoran untuk si gadis yang kelihatan agak resah dan masam mukanya. Gaduh kot diorang ni.

Tokey kedai: Hallo cik abang. Ini makan belum bayar sudah mau pigi ka? Tarak bagus la ini macam!
Si lelaki: Lu kecoh ar bro. Ni hah awek aku nak bayar. Lu mintak kat dia laa.

Dengan muka masam mengalahkan cuka getah, si gadis terpaksa membayar semangkuk Tomyam Campur yang diorang kongsi makan tadi. Tu pun si lelaki je yang pulun. Si gadis ni dapat batang serai je. Adeh..Kelihatan si lelaki awal-awal lagi dah cabut menuju ke kereta.

Si gadis: Cilake punya balak. Aku plak kena bayar. Karate kang baru tau.

Kata si gadis lalu berjalan menuju tempat parking kereta. Tiba-tiba, si lelaki memecut keretanya masuk ke lopak air berdekatan si gadis.

Gedebush!!!

Air hujan yang bertakung di lopak tersebut menerjah ke arah si gadis. Si gadis yang marah gila babun membaling kasut tumit tingginya ke arah kereta si lelaki. Si lelaki kemudian memberhentikan keretanya dan membiarkan si gadis naik. Mereka berlalu dari tempat tersebut dengan tercetusnya perang dunia yang ntah ke berapa ntah.

* * * * *

Agak-agak korang, cerita mana yang paling best? Mesti perempuan akan kata cerita budak jahat tu ar best sebab adventure. Baru tak bosan hidup ni. Tapi kalau nak hidup dengan lelaki baik dan skema alamatnya meranalah hidup dalam kebosanan. Ye tak?

Tak betul tu..

Actually, aku pernah baca dalam satu majalah ni pasal satu kajian yang mengatakan lelaki yang bijak adalah lebih setia berbanding lelaki yang tak bijak. Sebab apa, bila lelaki tu bijak mesti dia baik gila macam Seth Tan. Bila dia baik gila, maknanya dia tahu menghargai hidup ni yang sememangnya takkan berulang kembali dan mesti dia tak mahu buang masa bercinta pastu putus, lepas tu bercinta dengan orang lain, lepas tu putus lagi. Mengabehkan bogheh jo.

don't wanna let you go
 
Sebab tu lelaki bijak ni kalau boleh dia nak ada cinta sejati. Dia nak ada kisah cinta paling minima yang dia boleh. Itu baru cinta sejati. Maknanya dia tak nak before kahwin dah ada berpuluh-puluh kisah cinta dengan bekas kekasihnya. Kalau boleh dia nak ada satu kisah cinta je. Cuba bayangkan kalau bilangan ex atau bekas kekasih tu ada banyak sampaikan boleh buat team ragbi. Nanti nak jawab apa kat anak kalau dia tanya:

” Papa, mama tu cinta papa yang ke berapa?”

Hah camner tu? Nak jawab apa? Korang nak jawab yang ke 89? Tak macho ar.. Haha.. sendiri pikirlah.

Actually cinta tu macam Islam gak. Ianya mudah untuk umatnya. Cuma kita je yang buat cinta tu nampak susah. Kalau positif pengisiannya, maka positiflah hasilnya. Kalau buruk pengisian cintanya maka korang pikirlah sendiri akibatnya. Contohnya, kalau seseorang tu tak setia, bila datang yang lagi baik, lagi segak, lagi kaya, mulalah lupa orang kat sebelah tu. Akhirnya break, tup-tup esok dah kapel dengan orang lain. Hampeh!

P/s : Aku ni tak la baik sangat nak kata tak jahat tu jahat la jugak, bercinta pun baru sekali..tu punn aku yg tinggalkan si buah hati..akhir kata aku tak nak la bercinta dengan perkara yang sia-sia ni..kalau boleh cinta terakhir tu biarlah dengan En. Suami. Tiada cinta kedua mahupun ketiga. Hehehe..peace !

No comments:

Post a Comment