Pages

24 January 2014

Rezeki masing-masing

Kita tengok kawan kita study takde la teruk sangat.
Masa makan dia makan. Masa tidur dia tidur.
Nak berjaga sampai lewat malam pon jarang.
Assignment pon meniru.

Tapi.

Setiap kali test markah tinggi.
Bila exam dapat result tip top.

Tiba tiba terdetik hati
“Dia ni tak study sangat pon result gempak. Aku yang tunggang terbalik study, result takat tu jugak”

Istighfar.
Aturan rezeki setiap orang lain.
Mungkin rezeki dia kat pelajaran.
Mungkin rezeki kita nanti kat kerja.
Mana la tahu kan.

Yang kita nampak result dia lagi bagus dari kita.
Kita tak nampak mungkin keluarga dia tak seharmoni keluarga kita.
Kita tak tahu dia terpaksa sekat duit sebab tak dapat pinjaman. Keluarga susah.
Kita tak tahu.

Jadi kenapa nak cemburu dengan rezeki orang.
Apa yang ada ni kita bersyukur.
Allah tu adil.
Setiap hamba Nya dapat bahagian masing masing.
Bila? Macam mana? Kat mana?
Semua urusan Allah.
Kita usaha, doa, tawakal.

No comments:

Post a Comment