Pages

01 April 2014

Kenapa BENCI?

Assalamualaikum...
Kadang-kadang hati ni langsung tak faham dengan kehendak diri, sama jugak dengan diri ni apa yang hati nak sebenarnya pun tak tahu..kali ni aku benar benar dalam dilema hidup, kena main dengan hidup walaupun pada faktanya ini adalah serba sedikit ujian dariNya. Terpulang pada penerima, mahu menerima atau menolak..menolak belum tentu diterima..jadi terimalah dengan hati yang terbuka..Allah sayangkan kita, tak ada ujian yang Allah beri tu melebihi kemampuan seseorang..Allah bagi sama ujian tu sama dengan kemampuan diri jadi "Hati kena SADO, Jiwa biar KENTAL!". Berbalik pada tajuk sebenar..kenapa setiap pelajar ada sifat benci pada sesetengah guru? Aku pun tau tahu..mungkin sebab
-Cikgu tu kurang menarik
Kejap! Kita pergi sekolah sebab nak tengok cikgu tu lawa ke nak belajar sebenarnya?
-Garang
Tu memang sikap sesetengah cikgu, tapi garang pun pada yang suka sakitkan hati dia..lembut pada murid yang tahu hormat dirinya sebagai guru, pada pengalaman aku lah kalau korang semua tak tahu.
-Membosankan
Yang membosankan ni aku tak tahu sangat..mungkin pada penampilan? Cara dia mengajar? I don't know!

Aku ni nak kata baik tu taklah baik sangat, pernah ada sifat benci pada cikgu cikgu..lebih lebih lagi yang garang tak bertempat..benci tu boleh dikira dengan tangan..kalau x silap 4 je yang pernah aku anti tapi yang aku anti itu lah kebanyakkannya jadi guru kesayangan aku..pernah dengar tak kata kata ni "Jangan terlalu benci, nanti jadi sayang" perkataan benci buat aku jadi takut..sebab setiap kali kalau aku terrrbenci cikgu tu tanpa sengaja mesti lama kelamaan aku jadi suka belajar dengan dia..kalau setiap kali subjek cikgu tu punyalah liat nak belajar..tapi bila dah suka belajar..kalau boleh hari hari subjek yang sama pun tak apa sebab dah suka..jadi akhir kata dari aku, tak usahlah kita bencikan cikgu cikgu tu..kalau hari ni perdana menteri jadi ketua negara dia berjaya pun sebab hasil didikan dari seorang insan bergelar guru..cikgu pun bukan manusia sempurna..dia sudah jalankan apa yang diamanahkan jadi sekarang tanggungjawab kita pulak..hargai & belajar sungguh sungguh balas segala jasa baik dia..sekurang kurangnya cikgu rasa dihargai & bagi aku jugak..setiap hari adalah Hari Guru




No comments:

Post a Comment