Pages

16 June 2014

"Kawan" & "Sahabat"

Assalamualaikum...

Hmm...entahlah apa yang aku nak kata pun aku tak tahu..kadang-kadang, aku tak tahu apa tujuan aku hidup dekat dunia ni. Bila hidup dikaitkan dengan "kawan", ya! Aku ramai kawan sebab selama persekolahan aku 5 tahun ni sudah 3 kali aku pindah sekolah sebab ikut ayah kena tukar tempat kerja. Ok! Kawan banyak jenis, yang suka tikam belakang, suka ambil berat soal hidup kita, yang sombong tak ambil peduli, bila jauh tercari-cari..pendek kata banyaklah juga..biasalah, manusia banyak ragamnya tak ada yang sempurna. Berbalik pada yang suka tikam belakang, biasanya watak macam ni depan kita baik belakang kita nauzubillah..Allah saja yang tahu..pijak semut pun tak mati..maklum lah terlajak "baik" macam ni lah jadinya.

Pada yang suka ambil berat pasal kita, haaa! Kawan yang jenis macam ni aku ada. Bila aku sedih, mereka hiburkan, bila aku jatuh mereka bangunkan, bila mak aku masuk wad saja mereka pergi melawat..pendek kata merekalah sahabat aku, adik beradik lain mak, lain bapak. Budak-budak ni sekolah dekat Johor Bahru, SMKTD2. Walaupun sudah genap setahun aku jauh dari mereka, tapi nak melupakan mereka tu tak pernah wujud dalam kotak fikiran aku sebab mereka sahabat. Sahabat ni jenis manusia yang berbeza dengan kawan walaupun kawan dengan sahabat ni sama-sama manusia. Hmm! Sahabat lain sebab sahabat hanya boleh diguna pakai untuk manusia yang selalu ada susah, senang bersama sahabat mereka. Sahabat ni selalunya tak ramai, selalunya dalam lingkungan 4 orang kebawah. Kawan pula lain jenisnya, jenis yang tinggalkan kita masa susah, wujud bila kita senang. Mudah bukan? Mungkin kita pernah terdengar "kau bukan sahabat aku! Kau tak pernah ada saat aku susah atau senang!" okay! Stop dekat situ. Before nak kata dekat kawan macam tu, cuba ingat balik saat dia senang dengan susah? Kau ada tak masa dia susah atau senang? Kalau tak ada jangan pernah sekali pun keluar ayat tu dekat mulut ekau semuo...haaaa! Salah diri lah, bila dia senang atau susah sentiasalah dengan dia..baru dia ada saat kau susah atau senang.

Okay! Sambung balik. Seterusnya kawan yang jenis sombong! Haaaa! Yang ni pun aku ada, watak ni ada masa aku sekolah dekat kelantan. Sekolah mana? Tak perlu tahu lah yaa. Okay! Manusia macam ni biasanya yang jenis ada bila kita senang, bila susah hilang terus dari radar..pendek kata ibarat chipsmore..hehehe. Aku pernah alami, sakit hati tu tipulah kalau tak ada..bila aku sudah pindah jauh ke Johor mulalah masing-masing sibuk call dengan mesej bertanya khabar bla bla bla...tapi aku ni jenis tak berdendam layankan aja lah..mereka masih kawan. Tapi, sekarang walaupun sudah 4 tahun berlalu kisah tragis tu, kami masih berhubung melalui media sosial..maklum lah zaman sekarang macam-macam ada..facebook, twitter, wechat, instagram, whatsapp..hahaha! Macam-macam lagilah. Apa-apa pun, kisah yang aku calitkan hari ni semuanya berkaitan dengan yang hidup sahaja..mati tak ada yaaa! Pendek kata, walaupun dia kawan mahupun sahabat..hargailah kerana dia pernah bahagiakan kau orang saat susah & senang. Byee! 😁

posted from Bloggeroid


No comments:

Post a Comment