Pages

14 June 2014

Bukan ‘cinta sampai syurga’ tapi ‘kawan sampai syurga’ juga

Assalamualaikum..

Semua orang ada teman. Semua orang juga boleh menjadi teman. Namun, bolehkah kita menjadi seorang teman yang baik? Seorang teman yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.
Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat, “Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud), “Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya”.
Sahabat bertanya lagi, “Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?” Baginda s.a.w. membalas (dengan maksud), “Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat.”

Tanpa mereka mungkin sukar bagi kita dalam kehidupan ini. Teman kita yang akan membantu apabila dalam kesulitan dan kesusahan. Teman kita yang menjadi pendorong kepada kita dalam perjuangan. Teman inilah yang berkongsi suka duka bersama-sama dengan kita. Dan kawanlah yang membentuk diri kita.
Berbalik daripada hadith tadi, cuba kita tanya diri kita. Siapakah sahabat kita sekarang?


Mungkin kita ramai kawan di luar sana. Di universiti, di kampung, di Facebook, di mana-mana sahaja. Tapi, dalam seramai kawan kita itu, berapa ramaikan yang benar-benar merupakan sahabat kita yang sejati? 

Teman sejati bukanlah mereka yang sentiasa berada di samping kita. Tetapi teman yang baik adalah teman yang sering mengajak kita untuk melakukan amal kebajikan.


Teman yang baik juga saling tegur-menegur bukan kerana untuk menunjuk kepandaiannya tetapi bimbang akan sahabatnya daripada terjerumus kepada dosa dan kemurkaan Allah Ta’ala.

Renungilah dan hayatilah bagaimana Rasulullah s.a.w. mengajar kita mencari seorang sahabat yang sejati. 

Betapa Allah Taala memuliakan sebuah persahabatan sehingga menjadi suatu yang diirikan oleh golongan para Nabi a.s. dan para syuhada.


Syaratnya, persahabatan yang terjalin hendaklah di atas landasan iman dan taqwa. Kasih sayang antara mereka adalah untuk masing-masing melihat pembentukan diri yang dihalatujukan untuk memperoleh keredhaan Yang Maha Esa.

Cubalah kita cerminkan kembali kepada diri kita. Adakah insan yang rapat dan hampir dengan kita memiliki ciri-ciri sepertimana yang diajar oleh Allah Ta’ala dan rasul-Nya? Atau adakah diri kita sendiri yang merupakan sahabat kepada orang lain turut memiliki ciri-ciri ini?

Renungi diri kita, adakah selama kita berkawan dengan mereka, pembinaan diri kita dari segi ilmu, akhlak dan segenap aspek kehidupan kita hanya ditujukan untuk mendapat keredhaan-Nya atau adakah sebaliknya?

Bukan Sukar Untuk Mencari Seribu Sahabat, Namun Bukan Senang Untuk Mencari Sahabat Sejati.


shakshaf : “pernahkah teman mengingatkan kita supaya segera solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali azan dikumandangkan??








No comments:

Post a Comment