16 September 2014

Adik beradik

Assalamualaikum..
Bismillah..

Adik beradik,

Jagalah hati adik beradik dahulu barulah hati kawan.
Adik beradik dahulu, baru kawan.
Darah daging dahulu, baru kawan.

Dalam diam sebenarnya ramai yg terlalu pentingkan kawan dari keluarga.
Perasan tak? Mesti tak perasan kan? Takpe.

Ingat,

Sebaik mana pun kawan2 kita, kalau kita sakit atau meninggal dunia, kawan yg kita terlalu jaga itu BELUM TENTU lagi dapat menziarahi kita, memandikan kita, mengkafankan kita, menjaga aib kita, membacakan yassin untuk kita, dan mengusung jenazah kita walaupun selama ini kita sangka segala kebaikan yg kita berikan pada mereka akan dibalas dgn ingatan yg baik pada kita.

Ingat, belum tentu.
Belum tentu.
Dan belum tentu.

Kerana apa? Kerana mereka tiada pertalian darah dengan kita..dan naluri hatinya tetap akan berbeza dan tak akan pernah sama.

Tapi..

Kalau kita sakit, pergi meninggalkan dunia, adik beradik yg baik atau jahat itulah yang PASTI akan menziarahi kita, memandikan kita, menjaga aib kita, walaupun selalu bergaduh bagai nak rak.

Kerana apa?

Kerana adik beradik adalah darah daging yg paling suci sekali dan mempunyai naluri hati yg tidak akan pernah sampai untuk melihat adik beradik yg lainnya susah, derita atau luka hatinya.

Sesungguhnya, hati dan naluri itu ciptaan dan milik Allah.
Jadi, jagalah.
Jagalah.
Dan jagalah.

No comments:

Post a Comment