Pages

10 September 2014

Fakta tentang diri aku ^^

Assalamualaikum..
Bismillah..

Yess! Haha..cuti semesta sudah bermula! Apa perancangan korang semua untuk musim cuti ni? Pergi jalan-jalan? Makan angin? Untunglah..aku duduk kt rumah jee..kalau tak hadap buku pun, aku hadap blog 24jam...aku ni memang jenis tak sedor diri yang SPM tinggal sebulan je lagi..UPSR dh jalan, PT3 dgn SPM je yang belum..sejuk je rasa bila sebut SPM ^^

Ok! Berbalik pada tajuk sebenar Entry. Aku tengok kan, sekarang ni kemain ramai budak-budak duk post kt insta, fb, wc & blog pasal "Fakta Tentang Diri saya" benda ni bermusim ke apa? Dekat aku punya wall WeChat & Facebook penuh pasal benda alah tu. So! disebabkan lahir sedikit kecemburuan dalam diri, aku pun nak buat jugaklah! Hahaha.tgk bawah ^^

Fakta tentang diri saya yang awak tak tahu!

1. Panas baran
  • Ok! aku jenis yang mcm ni, kalau aku buat salah nak tegur boleh tp biar berpada..tapi kalau org tegur secara elok pun aku x boleh terima..mulalah melenting tak tentu pasal..mulut tak payah cakaplah tapi aku x suka sumpah seranah orang..umi aku marah..tp aku hanya boleh ditegur bila hati ni x lagi mendidih..please give me 30 minute. Hahaha.
2. Pelik
  • Aku memang pelik, bila nak tidur aku akan susun semua bantal aku dikeliling tilam sebab dengan cara tu aku rasa selamat & bebas dari segala gangguan. Pelik bukan? Hehe
3. Berangan
  • Suka berangan memang kerja aku, kalau sehari tak berangan memang tak sah..kadang-kadang sampai bawa ke mimpi. 
4. Pemalu
  •  Malu kan separuh dari iman, jadi tak salah kan? Haha..kadang-kadang sebab dh terlampau malu nak buat sesuatu kawan-kawan terpaksa jadi kuli aku untuk buat sesuatu perkara.
5. Sukan & fotografi
  • Sukan & fotografi memang sebahagian dalam hidup aku..walaupun minat tapi aku jenis yang x suka tonjolkan diri. Contohnya bila seorang cikgu tanya sapa boleh masuk acara ni bla bla bla, aku boleh..tapi takut nak berhadapan dengan semua tu. Pelik kan? Bila cikgu paksa baru aku jalan~ Dalam fotografi pulak aku lebih suka model kan orang dari diri sendiri. Malu~
6. Tak suka senyum
  • Aku memang eregen sikit, jenis tak suka senyum..sebab tu lah masa aku mula-mula duduk Joho kebanyakkan kawan-kawan tak berani tegur aku sebab dari jenis muka yang ketat & dahi yang sentiasa berkerut. Sebab tu lah ramai kawan-kawan panggil aku ni "Gangster" so rude! Haha..
7. Friendly
  • Aku friendly..dapat tahu pun dari kawan-kawan..mungkin sebab aku ni suka bergurau or suka dengar masalah orang. Entahlah, tak tahu
8. Nakal.
  • Kalau bab-bab bahan orang aku memang no. 1 dapat pulak kawan jenis sekepala dengan aku, bila buat seuatu misi dengan jayanya..wajib "givemefive" dengan dia
9. Nomad
  • Suka pindah randah. Masa kecil aku pernah duduk kt Kelantan selama 14 tahun sama dengan umur aku masa tu..celik masa tu aku memang kt Kelantan tapi lahir kt Terengganu. Tahun 2012 aku ikut ayah pindah Johor Bahru. Pertengahan 2013 aku ikut ayah pindah Pontian sebab dia kene tukar ke IPD Pontain jadi kesimpulannya tahun 2010-2011 aku besekolah diKelantan, 2012-Pertengahan 2013 di Johor Bahru & Pertengahan 2013-2014 aku di Pontian. Suka sangat bila dapat banyak pengalaman. Jadi walaupun aku anak jati kelahiran Terengganu aku tak pernah tinggal di negeri kelahiran sendiri sebab tak sampai masa seru lagi. Hehe..
Ini ajalah serba sedikit tentang fakta diri aku..kalau ada salah silap, terkasar bahsa ke apa mintak maaf aku hulurkan. Sambil-sambil tu tolong klik iklan dibawah ya..terima kasih. Bye!

Tekan Ni

5 comments:

  1. good luck spm :)
    fakta diri budak, dah habis jawab spm. hehe

    ReplyDelete
  2. sama tang suka berangan, pemalu ngan tak suka senyum xD

    ReplyDelete
  3. ahahha lawaklah cara explain :) nice nak baca ^__^

    wow.. part panas baran tuh u have the same point like me XDD ahahaha..
    tapi sekejap je marah.. XDD

    pelik :D sama2 tapi cara tidur tuh besalah tuh lain org lain cara.. ahaha.. takut ghost thing ka?? if its me, tiap malam kena selimut kaki, takut toyol ahahaha...

    samalah.. berangan 100% sampai kadang masuk mimpi :3
    kadang2 kalau haritu kita cakap pasal super junior ka, seharian lak tuh asyik teringat.. malam tuh mesti mimpi ahaha..

    suka sukan tapi bukan atet so join tuh join tapi as ordinary person ja ahahaha..

    ahahaha... mmg gangster tak suka senyum bwahahahha.. suka senyum tapi kadang suka org mula senyum.. tak kisahlah stranger ke dak.. kalau dia senyum, mesti senyum balik XDD hehehe..

    cool.. jelesnya.. sbb tak friendly sgt ahaha tapi suka dgr masalah org.. :D

    ahahaha.. lawaklah.. yg nih mmg one point yg mmg kena dgn diri gak ahaha.. tapi lama dah tak buat jahat kat org kekeke.. kalau ada pun adik2 ja kena.. ahaha..

    kelakar benar lew.. hidup bernomad lak.. :D tapi ok lah boleh belajar cara org setiap tempat pergi.. :D boleh amek gambar banyak2 :D

    anyway Good Luck SPM ^__ Fighting!!! ^__^ bykkan solat especially dhuha time exam :D bangun tahajjud sekali :)

    ReplyDelete
  4. kannn sejuk ja rasa bila sebut SPM. semoga awak dapat jawab dengan tenang dan lulus dengan cemerlang :)

    ReplyDelete