21 September 2014

Pengetua & sekaki payung

Assalamualaikum..
Bismillah..

Hari tu masa tengah belajar agama tiba-tiba Ustazah keluarkan cerita masa bulan puasa lepas..katanya suruh kami belajar elok-elok..tunjukkan pada semua yang kita tak bodoh..so! Dia apa lagi buat apa yang patut untuk ajar kami

E - SPM
D - Diploma
C - Ijazah
B - Master
A - PhD

Untuk pengetahun korang, Ustazah aku ni dah study sampai PhD so kalau boleh dia nak kami semua berada di zon yang selamat iaitu antara C, B & A. Bagi aku, setakat C sudah memadai sebab usaha aku mungkin boleh sampai situ je. Ok! Berbalik pada cerita sebenar. Dia sebenarnya nak kami balas jasa Pengetua sebab apa, En. Hamid Selamat tu memang "Good Daddy ForeveR" la bagi pelajar SDAHA..nama sekolah yang selalu naik kt PPD sebab kenakalan pelajar. Alhamdulillah! Sejak dia menjejakkan kaki kt SDAHA tahun lepas makin lama nama SDAHA makin naik & nama tu sering meniti di bibir pegawai-pegawai PPD di seluruh Malaysia..syukur!

Untuk pengetahuan korang jugak, beliau ni pengetua top 10 kt Malaysia..orang kata, bukan aku ya.  Tapi apa yang aku tak dapat lupa ialah jasa yang sangat mendalam yang mungkin pelajar & orang disekeliling beliau lupa apabila *korang bacalah apa yg aku copy dari Ustazah ni ye, dia post kt facebook*

"PENGETUA SDAHA YG PENUH KASIH..rutin harian pngetua akn menyambut kdatagn pelajar setiap pg dgn berjabat tgn,brsama2 guru bertugas..hr ini dlm kelebatan hujan pagi sy memerhati dr jauh pengetua sanggup berbasah memayungkn pljar dgn penuh kasih hingga menunggu di depan pintu kereta..sy berbannga punya pengtua yg cukup prihatin,.trimakasih allah.."

Gambar kt bawah ni semua candid ;)







Hujan masa tu memang lebat habis..sampaikan aku pergi sekolah pun pukul 8pg. Pape pun aku memang respect habislah dengan beliau! Alhamdulillah, komen-komen pun dapat yang positif-positif. Sekolah aku ni jugak sekolah yang menggunakan slogan "Sederap serlahkan kasih sayang" sebab Pengetua & guru-guru sangat baik..memang aku tak pernah rasa pengalaman macam ni walaupun dah 3x pindah sekolah. Jadi, kalau korang ada singgah kt Joho jangan lupa ke Pontian Kechil..untuk tengok sekolah ni..kalau nak tahu lebih lanjung tanya aje orang kawasan-kawasan tu apa yang istimewanya SMK Dato' Ali Haji Ahmad ni.

Tapi sekarang ni sekolah SDAHA berada dalam situasi yang sangat hiba bila ada mulut-mulut yg kata beliau dirisik PPD utk di hantar ke SMK Kukup..bila ditanya pada beliau sendiri "Saya hanya dirisik" tp yg pelik masa aku pergi pejabat minggu lepas..tengok gambar dia dh takda kt Carta Organisasi. Biar betik :O??? Bye!

2 Kata Mereka:

  1. dulu masa sekolah menngah tak pernah amek tau pun ape tuh dip and so on.. serabut ya amat, tapi bila masuk u baru faham ahaha...

    anyway good luck, belajar lah sampai phd insyaAllah boleh try je :D usaha sehabis baik..

    fuyohh.. cikgu terbaik arh, sanggup tolong student :D semoga beliau sentiasa diberkati Allah dan dimurahkan rezeki.. aamiin

    ReplyDelete

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design