Pages

28 January 2015

Cough

Assalamualaikum..
Bismillah..

Malam ni rajin pulak rasa nak update entry. Selalunya, akulah manusia yang paling malas nak update kononnya takda idea. Actually, sudah sebulan aku batuk tak berhenti..paling parah bila waktu malam, nafas pulak naik turun. Sabar..Allah sayang.

Jadi, memandangkan internet dekat handphone masih berleluasa..aku buka google & search pasal batuk-batuk ni..cari punya cari ada satu post ni yang buat aku tergamam "Batuk selama sebulan, mungkin dari paru-paru jangkitan kuman & boleh membawa maut" nak pitam aku dibuatnya..dedor jantung beb!

Pagi ni..masa tengah masak dekat dapur..aku story lah sikit-sikit pada ummi & she say InshaAllah aku tak kene penyakit tu sebab batuk aku tak berapa kuat. Hmm..kuat? Satu lagi silap aku jugak..malam kelmarin baru aje bawak adik dua orang tu pergi klinik sebab dorang senasib dengan aku..yang bijaknya aku tak p check skali penyakit ni..hahaha! First, aku tak suka makan ubat & Last, aku juga tak suka makan ubat. Ubat hanya membantu kita merawat penyakit sebanyak 30% dan selebihnya kita usaha dengan memohon kesembuhan dari Allah SWT. Serik beb makan ubat pahit tu..tahun lepas saja bertimbun ubat yang aku kena makan sebab aku jatuh & tangan kiri aku jadi mangsa. Dah retak mungkin..bila buat kerja berat mesti berdenyut. Udada!


No comments:

Post a Comment