Pages

24 January 2015

Permulaan

Assalamualaikum..
Bismillah..

Tak tahu lah kenapa, lepas tengok balik gambar 2 tahun lepas tangan ni rasa macam nak campak balik apa yang pernah jadi. Mungkin sebab aku rindukan dorang? Hmm..boleh jadi

10/1/2012 - Aku mundar mandir depan kelas..sebab x tahu sit kat mana..maklumlah budak baru..masa tu kat Sek Keb Men Taman Daya 2, JB. Aku baru je tingkatan 3. Tiba2 penolong kelas ajak aku masuk kelas..aku duduk sit belakang sekali, masa tu meja kelas susun kat tengah 3 orang..dari situ aku kenal Husna dgn Shira, si minah singa & minah slumber..x lama lepas tu datang lagi sorang Shera si chubby suka makan..aku paling rapat dengan dia..lama-lama kitorang kenal hati budi masing-masing. Aku dengan shera chubby dalam rumah sukan yang sama iaitu Jingga, Husna & Shira si slumber jugak rumah sukan warna merah. Beza dekat situ je kitorang ni..pendek kata kitorang selalu sama-sama, buat itu..buat ini..semuaaaaaa sama..indahnya persahabatan yang Allah bagi..
 
23/5/2013 - Hari terakhir aku dekat Sek Men Keb Taman Daya 2..hari tu jugak hari last peperiksaan pertengahan tahun untuk tingkatan 4. Sebelum balik, Husna peluk aku "Kite doakan, semoga awak dapat kawan yang lebih baik dari kitorang" tapi dorang sebenarnya tak tahu, sampai sekarang..aku tak pernah jumpa lagi jenis perangai macam dorang..baik, gila-gila even ade lagi yang lebih parah dari dorang..hahaha! Ya..mereka semua cukup sempurna bagi aku


24/1/204 - Alhamdulillah, cukup 3 tahun kami bersahabat, masih berhubung..lepas ni pun aku kena pindah Kota Tinggi..orang kata nak sampai Setia Indah 20 minit je..kalau macam tu hari-hari boleh meet dorang..hahaha! Sekian~




No comments:

Post a Comment