25 February 2015

5 Jenis Individu Yang Tidak Sesuai Dijadikan Sahabat

Assalamualaikum..
Bismillah..

5 Jenis Individu Yang Tidak Sesuai Dijadikan Sahabat | Dalam kehidupan kita perlukan insan bergelar sahabat bukan sahaja untuk bergembira bersama tetapi juga untuk berkongsi waktu duka bersama. Namun dalam berkawan kita perlu berhati-hati kerana adakalanya sikap sesetengah individu itu tidak sesuai dianggap ‘sahabat’


5 Jenis Individu Yang Tidak Sesuai Dijadikan Sahabat


1) SI TIKAM BELAKANG
Anda harus berhati-hati dengan individu seperti ini. Bersahabat dengan individu yang mempunyai sikap sebegini sangat berbahaya. Dia bukan sahaja berani bercerita tentang keburukan anda pada orang lain. Malah dia juga mungkin akan berani ‘sabotaj’ atau lakukan pekara yang buruk terhadap anda.

2) SI KUAT BERKIRA
Anda mungkin akan anggap itu pekara biasa dan simple, tetapi percayalah, mempunyai sahabat yang kuat berkira akan membuatkan anda tidak selesa bersamanya dalam tempoh yang lama. Bila bergaduh, mereka adalah individu yang paling banyak ‘peluru’ untuk ‘menembak’ anda. Semuanya akan diungkit.

3) SI BISKUT
Kejap ada, kejap tak ada! Sahabat seperti ini sebenarnya bukanlah sahabat yang sejati. Mungkin anda sahaja yang menganggap dirinya sahabat tetapi dia tidak. Individu seperti ini selalunya akan ada di waktu gembira namun di waktu anda memerlukan teman, dia akan memberikan pelbagai alasan.

4) SI KAKI KOMEN
Individu yang suka menabur komen sering dikaitkan dengan individu yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki. Mereka selalunya dikawal oleh perasaan negatif berbanding positif. Fikirkan sejenak, jika dia berani komen tentang pekara atau orang lain, tidak hairan jika dia juga berani mengata tentang anda.

5) SI PENGADU MASALAH
Ada juga individu yang hanya akan mencari anda saat dia susah dan perlukan bantuan. Perlu di ingat ya, fungsi sahabat adalah untuk bersusah dan senang bersama bukannya susah sahaja. Nampak sangat si dia cuba mengambil kesempatan ke atas anda.

Ini adalah 5 Jenis Individu Yang Tidak Sesuai Dijadikan Sahabat. Untuk mendapat sahabat yang baik, terlebih dahulu anda perlu menjadi sahabat yang baik dan tidak tergolong dalam mana-mana kategori yang disenaraikan.



4 comments:

  1. dtg sini dan follow dr segmen Diari Jejaka Hangat
    http://enyyusnizar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. haha si tikam belkng dgn talam 2 muke or muke tembok..
    mmg xle masuk...
    pastu yg berkira
    alahaiii

    ReplyDelete
  3. kaki biskut. mcm biskut chipsmore hehe

    ReplyDelete