Pages

16 February 2015

Drama Adaptasi #HatiPerempuan

Assalamualaikum..
Bismillah..

Ada baik kah? Meh baca ni..novel kegemaran aku lepas novel #LoveYouMrArrogant. Bukan kahwin paksa macam novel-novel lain..tp kisah kahwin tanpa kerelaan diri sendiri even Yuhanis sendiri yang setuju untuk kahwin dengan Tengku Zaril..



'Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya'

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya? 


Tengku Zaril & Yuhanis


Daniel Idrus bekas boyfriend Yuhanis yang tiba-tiba menghilang & tiba-tiba muncul
Maisara, teman seperjuangan Yuhanis

Tengku Zaqif, adik kepada Tengku Zaril..dia seorang yang peramah sehingga digelar buaya tembaga 
Tengku Zarul, adik bongsu Tengku Zaril..seorang yang pendiam tapi nakal


Perempuan yang pakai baju merah tu pulak Tengku Amalin, sepupu kepada Tengku Zaril..dia ni sanggup buat apa je asalkan dapat miliki Tengku Zaril

InshaAllah, drama ni akan ditayangkan lepas habisnya Teman Lelaki Upahan 

3 comments:

  1. Haiii.. farah datang bw. Jemput join segmen bloglist farah ye ^0^

    http://farahsanusi.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-by-farah-sanusi.html

    ReplyDelete