Pages

24 February 2015

Rahsia Warna Kegemaran

Assalamualaikum..
Bismillah..

Rajin pulak rasanya malam ni nak menaip blog..selalunya aku lah manusia yang paling malas! Hari ni aku nak kongsi kan Rahsia Warna Kegemaran. Benda ni kebetulan aje tau. Tapi pada aku..kalau dah baca semunya ada pada diri kita ni bukannya kebetulan tapi dah suratan takdir menetukan . Bak kata Jep Sepahtu "itu lagu tu.."

Korang tengok lah sendiri..tapi ini aku punya..kalau nak tengok korang punya boleh terjah sini 1001 Rahsia Diri

Warna Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan. 


Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik,
menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip.Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.


Warna Hitam
Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu


Warna Merah 
Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.


p/s : Yang warna merah semua kena tapi kalau bab bergaul dengan lelaki aku pantang sebab tu classmate lelaki tak suka dengan aku..katanya aku ni garang macam singa & tak boleh bawak bergurau. Maaf! Aku lebih berhati-hati 


No comments:

Post a Comment