Pages

06 February 2015

Sejarah Silam

Assalamualaikum..
Bismillah..

Entah la kenapa perasaan aku mula berubah sejak aku d tingkatan 4. Lebih kepada berhati-hati dengan pelbagai jenis perasaan. Semuanya bermula sebab aku sakitkan hati sorang cikgu. Biasalah usia 15 tahun, memang tak matang..tau nya sakitkan hati orang sesuka dia. Aku pun dah lupa cara macam apa aku sakitkan hati dia tapi yang aku tahu & pasti benda yang aku buat tu memang meninggalkan kesan yang dalam pada diri dia.

Aku mula sedar semua ni sejak aku dari tingkatan 4. Sumpah! Kalau dapat aku putar balik masa aku nak perbetulkan semua ni. Sepanjang tahun tu memang aku diam..bila bertembung memang tak pandang muka..aku pun lebih rela pilih jalan lain daripada terpandang muka dia. Tipulah kalau tak rasa bersalah, tapi..aku terlalu ego nak mengaku semua tu.

Akhirnya, aku jadi terlampau berhati-hati berurusan dengan manusia bernama "Cikgu". Masa aku d tingkatan 1 & 2 takdalah perangai aku macam ni..hormat cikgu seperti biasa tapi mula berubah bila tingkatan 3. Aku masih ingat tahun lepas, masa tu aku tingkatan 5 dalam masa yang sama hari tu Hari Guru, aku terpaksa tundukkan ego aku dengan meminta maaf dengan dia melalui facebook..nasib orangnya ada facebook..punya panjang mesej tapi alhamdulillah, respon sangat memberangsankan..cikgu Balqis maafkan aku.

Aku harap dia dapat lupakan semua tu & sejak dari hari tu..bila ada seseorang yang suka umpat cikgu dari belakang aku akan marah bagai nak rak..aku taknak apa yang pernah jadi dengan aku terjadi pada orang lain mahupun sahabat sendiri. Cukup aku rasa derita berdosa. Bila dah habis sekolah ni..tiba-tiba rindu pulak dengan guru kesayangan..hehehe!

Ikhlas,
UmmiSFZ


2 comments:

  1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
    Jemput join segmen saya yg terbaru ni ye..
    Segmen Mencari Bloglist blogahbar

    ReplyDelete
  2. Baguslah dah minta maaf dengan cikgu sendiri. Bukan sahaja cinta tak mengenal usia tapi betul/salah pun tidak mengenal usia.

    ReplyDelete