Pages

05 April 2015

Doakan mak aku..

Kata umi, aku dilahirkan pada 19/08/1997
Kata umi, aku dilahirkan pada waktu petang
Kata umi, aku degil
Kata umi, aku anak perempuan sulong
Kata umi, aku kuat memberontak
Kata umi, aku ego
Kata umi, aku seorang yang pemarah
Kata umi, aku kuat bercerita
Kata umi, aku kena rajin belajar
Kata umi, aku punya tanggungjawab yang besar suatu hari nanti
Kata umi, aku keras kepala..

Tapi, dalam degil aku..lahir erti penyesalan
Tapi, dalam kuat memberontak..aku cuba mengikut kemahuannya
Tapi, dalam ego..aku berusaha untuk berbaik
Tapi, dalam marah..aku cuba sejukkan hati
Tapi, dalam keras kepala..aku cuba didik diri untuk jadi yang terbaik untuk umi.

Dulu, bila umi membebel..aku akan lari masuk dalam bilik. Tapi sekarang, aku akan setia tunggu disitu..sebab aku tahu..bebelan tu lah yang akan aku rindu bila dia dah takda nanti. Doakan umi aku, semoga dia sembuh seperti sediakala.

2 comments:

  1. Amin.. semoga Umi Farhana cepat sembuh :')

    ReplyDelete
  2. semoga ibu Farhana sihat selalu dan cepat sembuh... Allahuma rabbannas, adz-hibil ba’sa isyfi antasy-syafi la syifa’a illa syifa’uka, syifa’an la yughadiru saqaman... AMIN..

    ReplyDelete