Pages

04 April 2015

Wajib beli novel ni! "BINTANG HATI SAYA"

Assalamualikum..
Bismillah..

Mesti korang tertanya-tanya kenapa tajuk entri aku kali macam tu? Kann? Okay! Firstly, aku nak bagitau..ini novel memang baik..yess! Bab cintan cintun..tapi tak kesampaian..bukan sebab keluarga or apa okay. Pertamanya, novel ni takda berkaitan keluarga, just berkaitan cinta & persahabatan..aku ambil masa nak habiskan novel 370 muka surat ni cuma semalaman. Bukan nak cakap aku ni terror ke apa..tak! Sebab novel ni suspen & mendebarkan. So, korang diwajibkan untuk mendapatkan novel ni di mana-mana kedai buku berhampiran..dapatkan tau.

Sinopsis

Hakimi Adam Song, pelajar kolej yang hobinya mencerap langit. Nampak tenang, suka tersenyum, bijak.

Adriyana, pelajar kolej yang easy-going dan selalu blur. Mendapat keputusan peperiksaan yang sangat teruk. Pensyarah sudah mengamuk. Untuk menamatkan pengajian, Adriyana perlu belajar di bawah seorang tutor, Hakimi. Pesan BFF-nya, Rita Rudani dan Rafiq, jangan dekati lelaki itu. Hakimi adalah raksasa!

Perlahan-lahan Adriyana berubah. Dia dipaksa menyertai Kelab Pemerhati Bintang Amatur yang presidennya adalah Hakimi. Pelajarannya juga semakin baik. Adriyana tidak nampak di mana ‘raksasa’nya Hakimi itu.

Sehinggalah kemunculan Teelofa. Pada suatu hari, segala-galanya berubah. Hamiki Adam Song tiba-tiba hilang.

Enam tahun kemudian, Adriyana menerima poskad mister. Sepertinya Hakimi muncul kembali. Dan bersama-sama harapan untuk menemui Hakimi semula, nyawa Adriyana pula terancam. Ada orang mahu membunuhnya. Misteri zaman kolej mula terungkap. Siapa sebenarnya Hakimi, dan ke mana dia menghilang selama ini?

“Polaris tetap berada di langit utara. Kalau tiba-tiba saja ia hilang, pasti ada hijab yang menghalang kita daripada melihatnya di langit.”

Aku tertarik dengan novel ni sebab cover depan dengan sinopsisnya..memang superb! Beli tau..bye

No comments:

Post a Comment