25 May 2015

Kelab Blogger Pemerhati

Assalamualaikum..
Bismillah..

Kelab Blogger Pemerhati nama diberi. Cun tak? Idea ni datang dari aku sendiri.
Kenapa?
Sebab aku kecewa tak dapat join mana-mana Kelab Blogger yang ada dekat malaysia ni..bila aku tanya takde sorang pun yang sudi bantu. Ini ke sikap sebenar blogger Malaysia? Kecewa sungguh! Tapi, tak semua blogger macam tu kan? Hehehe..jangan marah / sentap okay. Adik disini memohon ampun.

Berbalik pada tajuk asal entri ni. Kelab Blogger Pemerhati aku tubuhkan kerana..semua blogger dapat menjana idea untuk cerita baru & dipost ke blog melalui pemerhatian bukan? Kan kan kan? Jadi selama 5 tahun aku bergiat dalam dunia blogger hanya idea ni yang berani aku pertaruh kan sebab dapat sokongan dari rakan-rakan rapat & sahabat. Tak salah kalau kita mencuba kan? Kelab ni dutubuhkan bukan niat untuk bersaing dengan mana-kelab blogger yang ada tapi untuk mengeratkan lagi hubugan silaturrahim antara kita.

Logo? Haaa..logo pulak masih dalam proses. Jadi, aku nak la pendapat dari korang..tak kisah pendapat macam mana aku terima dengan hati yang terbuka..mohon komen ya. Kalau aku dapat banyak feedback yang baik, kita akan maju selangkah! Kelab ni akan ada fanpage sendiri dekat facebook. Assalam..

No comments:

Post a Comment