Pages

13 May 2015

Masa Silam

Assalamualaikum..
Bismillah..

Dah lama sangat aku tak online blog. Hadiah untuk peserta giveway pun belum diagihkan lagi. Internet pulak buat hal. Sabar ajelah. Okay! Malam ni aku nak story sikit pasal tajuk entry diatas.

Masa silam. Erti kata lain kisah lama. Kan? Okay. Ni pasal masa silam yang banyak ubah aku yang sekarang. Semuanya berlaku sebab "ejekan" orang disekeliling. Semuanya bermula waktu aku mula masuk alam persekolah darjah 1. Sebelum tu..aku seorang yang peramah & suka cari kawan. Sejak aku kene ejek dari darjah 1 sampai sekarang. Semuanya sebab? Hidung aku yang kembang..hahaha. Kadang kadang aku rasa kes ni kelakar jugak. Masa aku tingkatan 2 pernah sekali kena panggil ke bilik HEM sebab bergaduh dengan student lelaki. Tapi, rundingan tu aku yang menang.

Pendek kata, sikap aku berubah 100%. Aku mula berubah menjadi seorang yang kasar. Tapi tak salah kan? Niat untuk lindungi diri. Pantang dicuit kenelah nanti. Aku berubah & lebih memilih untuk berdiam, duduk jauh dari orang. Sikap aku sering orang salah erti. Dorang kata aku sombong, tapi sebenarnya tak pun. Aku lebih suka "monolog" sorang diri. Apa hal, aku lebih suka pendam & diam..sebab tu aku mula berjinak dalam dunia blog sejak dari tingkatan 1. Bagi aku, tempat ni tempat kedua terbaik untuk lepaskan semua. Tapi, Allah tetap no. 1 & Dia adalah sebaik baik tempat untuk mengadu.

Jadi, sekarang ni aku betul betul down bila dapat tawaran untuk sambung belajar. Aku takut, tapi kata kata positif kena ada. Pesan pada diri, aku pergi sana nanti niat nak belajar sampai berjaya & one day boleh tolong parent.

Nasihat aku, kalau kalau lah ada rakan blogger yang suka ejek ejek orang ke apa ke. Ingat ya. Kau hina ciptaan Allah, sama macam kau hina Allah. Ingat! Assalam

No comments:

Post a Comment