25 June 2015

Minggu Haluan Siswa TATiUC

Assalamualaikum..
Bismillah..

Dah lama kan aku tak update blog nih..hahaha! Rindunya nak baca entri rakan blogger..
Alhamdulillah..hari ni merupakan hari kelima aku bergelar pelajar di TATI Universiti Kolej di Kemaman, Terengganu..best? Nanti aku story satu2

Hari Pertama
- Kau rasa? Hari pertama dekat tempat baru..best keh? Tak kot..aku asyik fikir nak balik je..dalam hati aku mengomel sorang diri..
Macam biasalah, first day mesti kena daftar dulu kan..
Alhamdulillah..dipermudahkan oleh Allah..lepas je siap daftar, aku kena pergi tengok asrama yang bakal aku duduk..boleh tahan..selesa..tapi yang aku tak puas hati kipas dalam bilik spoil gilaa..nampak je laju tapi, bila aku duduk dalam tu..merencik wehh..tapi aku bersyukur. Hari tu hari pertama berkenalan dengan roomate..satu bilik 4 orang..jadi adalah salah sorang dari roomate tu kos sama dengan aku..dah rasa selamat dekat situ..hehehe. Kitorang diberi rehat sampai pukul 3 petang, lepas tu kena ikut PM p dewan Canselor..panas dia..Allah je yang tahu..dari Kolej Kediaman sampai ke Dewan kitorang jalan..penat dia..boleh tahanlah..hahaha! Untuk minggu orentasi kitorang disajikan makanan berbuka free punya..dah save duit dekat situ..hehehe. Lepas berbuka kitorang solat maghrib, isyak & terawih berjemaah
lepas tu ada sesi perkenalan PM yang terlibat dalam minggu haluan siswa. Pukul 11 balik asrama.

Hari Kedua
- Kejadian hari kedua aku kurang ingat tapi masih sama..cuma jadual berbeza. Kitorang dibagi kepada 8 kumpulan..aku kumpulan 5. Kitorang diberi tugas buat Persembahan, sepanduk & sorakan..

Hari Ketiga
- Masih sama..tapi struggle penting. Banyak taklimat tentang Kewangan, keselamatan & hal yang berkaitan. Malam tu kitorang semua kena buat persembahan..gempak wehh! Dengan PM nya yang buat persembahan jugak..kalau tak silap kumpulan 6 yang dapat tempat pertama sebab dorang punya persembahan diselitkan tema, pengajaran & lawak.

Hari Keempat
- Hari terakhir dengan PM yang terlibat..makan free, terawih, solat jemaah sama sama..semuanya dah berakhir..pagi tu kitorang banyak enjoy, tengah hari tu pulak training untuk sambut ketua Universiti..petang kitorang siap siap untuk Majlis Penutup..malam tu macam biasa lepas solat menyanyi dulu..before balik asrama, kitorang kena bersalam dengan PM yang dh banyak membantu..tapi, moment yang aku tak boleh lupa..elok elok aku nak menangis cepat cepat aku cover..jatuh saham wehh! Paling sweet PM Syikin, dia cium pipi siswi yang terlibat..kau rasa? ada lagi ke yang spoting macam tuh? Susah nak dapat..sayang PM! PM yang kremm pupi pun ada sebab lama sangat duk laga pipi..hahaha! Malam tu cuma air mata yang teman kan malam kitorang. Kata akhir dari aku, terima kasih buat kakak senior yang terlibat sebagai fasi aka PM yang sanggup tak tidur malam sebab nak jaga kitorang, yang berjaga sebab takut ada salah seorang dari kami sakit. Marah kitorang sebab tak tutup aurat elok elok..terima kasih sangat! Disebabkan nasihat akak akak semua..kami dah terbiasa pakai pakaian lebih sopan..maksudnya dah berubah jadi lebih baik dari sebelumnya..moga mereka semua berjaya & sentiasa dilindungi oleh Allah swt. Amin


















No comments:

Post a Comment