28 July 2015

"CINTA" zaman kolej

Assalamualaikum..
Bismillah..

"CINTA" zaman kolej..rasa nya semua tahu bukan? Hehehe..nak korek rahsia korang boleh? Mesti salah sorang dari korang pernah lalui cinta zaman kolej bukan? Jujur aku cakap, terus & lurus..aku memang pernah bercinta tapi tu masa zaman tak matang..masa aku tingkatan 1. Lepas tu aku memang dah tak usik benda nama "CINTA". Serik? Tak kot..mungkin sebab aku tahu benda tu haram..hehehe.

Kehidupan baru aku baru bermula sebulan lalu..tapi, dah terlampau ramai budak-budak se batch & satu sem yang dah mula "jumpa" cinta zaman kolej dorang. Ada yang setiap malam lepak dengan boy or girl dekat kafe secara terangan..nak nasihat? Nak jugak, tapi aku ni jenis tak suka kacau tepi kain orang..malas nak bergaduh sebabkan benda tak penting tu. Masing-masing dah dewasa..dah boleh fikir sendiri. Datang dekat tempat macam ni sebab mak ayah suruh belajar..

Berbalik pada kawan sebilik, sejujurnya aku risau..risau yang teramat..dia sekaum dengan aku, aku risau bila hati kaum aku dirobek cinta yang palsu..nak salahkan mereka boleh jugak..cinta tu datang dari Allah & terpulang pada kita nak guna secara apa bukan? Harapan aku, guys! Tukarlah niat korang..datang belajar niat kerana Allah & parent..inshaAllah..semua dipermudahkan..redha Allah terletak pada redha orang tua. Maaf anadi catatan aku malam ni menggangu kalian..andai salah tolong tegur. Assalamualaikum..


No comments:

Post a Comment