Pages

31 July 2015

Terkena gangguan

Assalamualaikum..
Bismillah..

Setakat ni hari-hari boleh buka blog untuk kongsi pengalaman..
Alhamdulillah..masih ada waktu & ruang bersama kalian..
Ceritanya macam ni..pagi semalam rakan sebilik aku ada tersepak sebiji bola golf berdekatan asrama lelaki..buat apa dekat situ? Jalan nak ke kelas kena lalu depan asrama lelaki..
Sambung..
Lepas dia sepak bola tu..dia terus pergi ke kelas

Bila waktu tengahari tu masa balik aku ada perasan yang bola tu tiba-tiba ada depan pintu bilik kitorang..masa tu aku buat tak tahu sebab belum tahu kisah sebenar..jadi aku tegur "dari mana datang bola ni?" masuk bilik tanya roomate..sorang pun tak jawab..jadi aku buat tak tahu..
Petang tu aku dengan membe sorang lagi pergi main bola tampar..dekat-dekat nak masuk maghrib aku mula tak sedap hati tapi aku diam..

Dalam tengah malam sikit aku tegur membe yang sepak bola golf tu supaya pergi basuh dulu mangkuk dengan pinggan & dll sebab tu boleh jadi santapan "benda" tu. Dalam hampir nak pejamkan mata, membe aku tu masuk bilik cepat-cepat then terus kunci pintu..bila aku tanya dia mula bercerita..cerita tentang kisah pagi tadi yang dia ada sepak sebiji bola golf. Masa dia basuh pinggan tu..dia ada tersepak bola tu sekali lagi dekat singki..apa yang menarik minat dia untuk ingat balik cerita tu ialah bila mana bola tu dia sepak..tiba-tiba ia datang balik bergolek dekat kaki membe tu..

Malam tu kitorang berempat baca yasin dengan ayat kursi..
Alhamdulillah..boleh tidur tapi aku kerap sangat terjaga..dalam 2/3 kali jugak

Pagi ni..kitorang bangun awal sebab hujung minggu memang hari kitorang kemas bilik & basuh baju yang dah dipakai..
Sebelum tu..masa aku bangun pagi tu, hati ni makin rancak berdebar..
Aku ambil keputusan untuk pasang ayat ruqyah..
Entah macam mana tiba-tiba perasaan marah, sedih & tubuh menggeletar membuak-buak..dalam aku cuba tahan dari untuk hentikan alunan ayat ruqyah, aku cuba hubungi my mom..
Tiba-tiba aku menangis..kuat? Tak la jugak tapi memang teruk..menjejey air mata..
Roomate dah cuba pujuk tapi aku makin sebak..dalam 30minit macam tu aku tenang.

Sebelum ayat ruqyah dipasang..aku ada campak bola golf tu jauh dekat belakang asrama kami..
Alhamdulillah..maghrib tadi bila aku cuba pasang balik ayat ruqyah..langsung takda kesan apa-apa..syukur sangat-sangat..besar sangat ujian untuk hari ni..
Penat tuh masih ada tapi lebih kepada bersyukur..sebab gangguan tu cuma sekejap..

No comments:

Post a Comment