16 August 2015

Kisah hari ke 228 : Assignment last minute

Assalamulaikum..
Bismillah..

Alhamdulillah..hari ni hari ke 228 aku bernafas untuk tahun 2015. Syukurnya hanya Allah yang tahu..harap-harap sempatlah aku masuk usia 18tahun..

Kisah yang aku nak cerita dekat korang pasal assignment last minit & pentingnya bergaul bila dudk dekat tempat macam ni..

Semuanya bermula dari silap aku sendiri..silap yang suka buat kerja last minit..smpai bila pun aku tahu..yang pasti aku dalam proses untuk berubah.

Assignment tu aku sepatutnya siapkan sebelum hari ni..tapi memandangkan jadual aku padat yang amat..aku terpaksa tangguh, tangguh & tangguh..

Subject yang aku mesti siapkan ni "Typography" sebab aku ni budak senigrafik & media kreatif terpaksalah banyak melukis..kadang-kadang aku sendiri pun tak faham kenapa kos ni yang aku pilih memandangkan aku ni tak minat dalam bidang lukisan..mungkin sebab minat aku yang mendalam dalam bidak jurugambar..hehehe

Okay, cerita macam ni..memandangkan hari ni kelas typography aku batal..jadi aku ambil keputusan nak siapkan semua assignment sebab last kena hantar sampai pukul 530 petang..jadi lepas semuanya selesai aku ambil keputusan sekali lagi untuk bersiap terus, jadi bila semua selesai boleh lah terus p main volleyball..tapi apa yang dirancang tak seperti yang disangka..aku terpaksa berpatah balik ke asrama untuk ambil kertas kerja yang tertinggal..kau rasa? Jauh dia dalam 1km kot nak sampai ke fakulti.

Nak di jadikan keserabutan otak..membe aku punya belum fotokopi..kau rasa? Hahaha! Sakit hati weh..dah la aku tengah penat dari pagi tak jumpa "rehat". Datang sini pun takda transpot. Terpaksalah mintak jassa baik akak-akak senior yang baik hati lagi comel..hahaha! Alhamdulillah..dia yang tolong bawak aku dengan membe pegi fotokopi dekat kedai luar..

Hampir-hampir je nak sampai..Miss dah nak balik..dengan muka yang ala-ala garang..dia suruh aku selitkan bawah pintu & sempat dia pesan "Saya nak aku stapler kan, kalau esok ercabut saya panggil awak buat semula" hahaha..comel gitu.

Sekian...

No comments:

Post a Comment