Pages

17 September 2015

Cerita d suatu malam

Assalamualaikum..
Bismillah..

Waktu aku sedang karang entri ni..jam dah menunjukkan pukul 4:23 am. Yaa..dunia kolej banyak mengajar aku dalam segala erti..erti kesusahan & senang. Yaa..dulu mungkin aku selalu tengok aboh selalu balik lewat malam..maksud aku kerana tanggungjawab. Yaa..sekarang aku rasa..macam mana kita terpaksa berkorban masa & tenaga untuk berjaya. Malam ni merupakan malam kedua aku terpaksa tangguhkan waktu tidur..esok pagi ada kelas. Entah samada masih terlelap atau tidak waktu kelas nanti.

Yaa..mungkin dulu aku seorang yang main-main. Alhamdulillah, aku dah boleh berubah jadi lebih bertanggungjawab..mampu berdikari walaupun masih bisa melakukan mana-mana kesilapan..tapi macam tulah, aku cuba belajar walau perit. Setiap usaha, ada ganjaran..itu janji buat mereka yang berusaha...

Pendek kata, kejar dulu apa yang boleh buat kita senang suatu hari nanti. Kau perlu merasa untuk kau fahami..

No comments:

Post a Comment