04 September 2015

Trauma!

Assalamualaikum..
Bismillah..

Banyak part yang aku tertinggal dengan korang semua. Masa yang aku ada tak banyak..tapi alhamdulillah, malam hujung minggu ni adalah sikit memandangkan assignment pun belum ada lagi. Kisahnya macam ni..aku & housemate sepakat yang hari ni kitorang nak outing..maklumlah..asyik terperap saja dekat kolej..nak juga tenangkan fikiran.

Pukul 6 petang dah booked kereta 2 buah memandangkan kitorang berlapan. Sampai dekat sana..masing-masing berpecah ikut roomate masing-masing..buatlah apa yang biasa orang lain buat. Selfie, makan..cari novel terbaru.

Sampai masa nak balik..jam dah pukul 9;30 sebab limit bagi student perempuan sampai pukul 10 malam je..nak dijadikan cerita salah sorang dari kitorang tak boleh drive waktu malam atas sebab masalah mata. Kitorang ni geng rabun..jadi terpaksalah bawak slow-slow. Tapi apa yang lagi rumit bila membe yang bawak kereta lagi sebuah, makin tak tentu hala sambil memandu. Jadi, kereta yang aku naik tu, follow dia dari belakang.

Atas dasar keselamatan yang boleh dikatakan agak "kritikal", aku terpaksa tawar diri untuk pandu kereta tu. Masalah aku, lesen dah la takde..lepas tu rabun malam pulak tapi syukur sebab before ni ayah pernah ajar sikit-sikit care bawak kereta. Tepat 10;00malam kitorang sampai asrama..itupun kereta yang aku pandu hampir terbabas nak langgar pintu besar kolej. Nasib baik makcik security tegur dengan nada kasih sayang..

Fuhh! Tragis & seram. Balik je asrama..kitorang semua diam..krik krik krik. Kau ghase? Hahaha...

2 comments:

  1. hikhikhik...kena jadi kwn baik makcik security la cmni.. :P

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah sampai....kalau x biasa drive kete ni, kalau drive malam2 memang bahaya la. Kalau aku, memang x suka sgt drive mlm sebab rabun. Rasa x puas je dgn silau lampu kereta lagi. Selagi boleh elak drive mlm aku elak.

    ReplyDelete