Pages

28 November 2015

Biodata Siti Nordiana (Gegar Vaganza 2)

Siti Nordiana binti Alias atau juga dikenali sebagai Nana, adalah salah seorang penyanyi wanita Malaysia. Nana berasal dari Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau mula menceburi bidang seni suara pada 1999 ketika berusia 15 tahun dan telah meluncurkan 5 buah album studio secara solo. Beliau dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu pop Melayu dan juga tradisional. Itulah serba sedikit tentang Biodata Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan nama Nana Paling Comel.


Nama : Siti Nordiana Alias ( Nana )
Tarikh lahir : 22 November 1984
Asal : Sendayan, Negeri Sembilan
Tahun aktif menyanyi : 1999



Selain berkecimpung sebagai penyanyi solo, Nana juga dikenali sebagai pasangan duo bersama penyanyi Achik, vokalis kumpulan Spin. Mereka lebih dahulu mengenali sesama sendiri ketika remaja di Negeri Sembilan sebelum sama-sama menyertai industri rakaman. Duo Achik & Nana berjaya memikat hati pendengar dengan dua buah album studio yang membariskan hits terbaik.
Di samping aktif sebagai penyanyi, Nana juga pernah mencuba bakat dalam bidang lakonan. Beliau pernah berlakon dalam beberapa buah drama seperti Wad 04, Helah, 3 Dara Pingitan dan Aku Budak Minang 2 serta telefilem berjudul Prahara. Nana mendirikan rumahtangga dengan pelakon drama, Mohd Faizal Yusup pada 29 April 2006. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie, lahir pada 21 Mac 2008. Namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 14 September 2009.
Faizal bagaimanapun meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung. Bermula tahun 2012, Nana menjalankan perniagaan jubah dan pakaian Muslimah dengan label yang diberi nama Paling Comel. Pada masa sekarang ini iaitu tahun 2015 Nana atau Siti Nordiana seddang sibuk menyertai rancangan Gegar Vaganza 2 di Astro Ria.

No comments:

Post a Comment