Pages

05 November 2015

Itu gunanya belajar..

Perhatikan & fahami apa yang berlaku disekeliling..itu gunanya belajar. Sebab tu aku lebih suka sendiri & diam. Aku belajar untuk perhati apa yang berlaku..belajar dari pelbagai jenis sikap manusia. Dari situ, kita akan dapat belajar ilmu baru. Jadi lepas ni, kalau ada yang berperangai macam tu kau boleh settle dengan pelbagai cara yang kau belajar dari pemerhatian kau sebelum ni.

Next, belajar untuk dengar & simpan..bukan masuk telinga kanan keluar telinga kiri..bila kau buntu..kau boleh ingat balik apa yang kau pernah dengar & simpan dalam kotak memori kau sebelum ni & sekali lagi..ini sebab kenapa kita kena belajar. Ilmu tu mesti dituntut

Fokus..fokus ni penting. Kalau kau tak fokus, macam mana nak dengar? Macam mana nak jadi pemerhati? Dan macam mana nak simpan kalau tak fokus betul-betul. Fokus adalah aset utama..jadi! Always fokus & you will find the best way!

No comments:

Post a Comment