Pages

11 November 2015

Kerana "EGO"

Kenapa mesti pertahankan rasa sayang yang hanya menghancurkan jiwa? Silap percaturan..hidup musnah! Kenapa ego yang aku pilih? Sampaikan dengan diri aku sendiri pun aku nafikan? Teruk ke? Macam ni ke rasa peritnya sayangkan manusia? Bagaimana dengan cinta? Sesakit ini ke? Atau lebih perit..

Ahh! Aku penat..aku lelah! Dulu..menangis dapat hilangkan segalanya..

Kini..semuanya bagaikan air sungai yang mengalir..hanya lalu tapi tidak menenangkan. Aku bukanlah manusia yang mudah berterus terang..tapi hanya mampu melakukan dalam diam..aku tak tunjuk yang aku sayang..semuanya sebab ego.

Aku buat, tapi tak tunjuk..cukuplah begitu. Walaupun akan menyakitkan orang tersayang..tapi itu cara terbaik aku. Perhati dari jauh..buat macam takda apa yang berlaku. Tipulah kalau tak sakit..sakitnya Allah je yang tahu..

No comments:

Post a Comment