Pages

17 December 2015

find new spirit for continue survive

Assalamualaikum..

Penat. Lelah. Sedih..semua tu ada. Bila dah bercampur semua tu dengan sebati, tolong cari aku esoknya dekat bawah katil..hehehe. Tak tahulah, sejak mula jejak kaki pergi semester 2 ni..habis semua benda tak kena. Nak marah, taknak bercakap..semua dah lain. Tawar hati tak payah cakap..habis semua benda aku tak suka.

Berat aku pun dah turun mendadak..15kg hilang. Aku buat apa? Jog? Join team volleyball? Semua tu aku dah tak buat sejak masuk semester baru..semua benda nak buat tak sempat. Kadang, rasa down tak payah cakap..ada je yang tak kena.

Baru ni bergaduh dengan roomate, silap aku sebab dahulukan orang lain dari dorang. Silap aku tak payah cakap..sampaikan 3 hari tak bertegur. Akhirnya, aku yang terpaksa buang ego aku kelaut sebab taknak pergaduhan ni jadi panjang. Alhamdulillah, semua dah balik kepada normal tapi nak jadi macam dulu tu agak susah la jugak.

Jujur aku cakap, doktor baru mengesahkan yang aku suspek kanser darah. Tak hairan kalau dah 2 hulan setengah aku demam. Tanda-tanda penyakit tu dah 80% ada dengan aku. Tak tahu, kali ni apa perancangan Allah. But, aku cuma boleh redha.

signature,
-umsyfa-

No comments:

Post a Comment