Pages

07 January 2016

Muka surat 7/366

Assalamualaikum..
Bismillah..

Alhamdulillah..harini muka ke 7/366. Syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas. Mungkin sesetengah dari korang belum tahu yang link & nama blog aku dah kembali seperti asal. Kenapa? Adalah sebabnya..

Okay! Apa cerita tahun baru korang? Cerita tahun baru aku sangat mencabar. Umur meningkat..segalanya meningkat. Sejak masuk semester baru ni aku belum dapat rasa erti rehat yang sebenarnya. Almaklum, hujung minggu masih dihantui assignment. Untuk kedua kalinya, assignment kena reject dalam keadaan yang sangat shahdu..hahaha!

Semalam, syukur! Aku dapat settlekan assignment tu dengan cepat. Petang tadi dah selamat mendarat dekat bilik madam. Petang tadi jugak empangan mata aku tumpah! Nak nak bila dengar suara umi..dah lama tak dengar suara dia. Rindu tak payah cakap!

Moga dia sentiasa dibawah perlindungannya.

Signature,
umsyfa

No comments:

Post a Comment