Pages

11 April 2016

Kenapa bersedih?

Assalamualaikum
Bismillah

Kenapa bersedih?

Hmmmm beratnya dugaan.

Dah, kesat air mata tu.
Hidup tanpa ujian adalah mustahil bagi manusia. Hingga kadangkala, saat ujian dan dugaan itu datang menemui kita, terasa berat dan tidak tertanggung rasanya. Sulit dan sukar. Hanya luahan air mata sepi yang tidak ada siapa memahami. Hanya Dia Maha Mengetahui.

Kenapa meratap pada yg tak peduli sedangkan kita ada Allah yg maha menyayangi. Biar gagal 'pertempuran' dunia asal berjaya 'pertempuran' di sana.
Ketahuilah, ujian para Nabi dahulu lebih berat jika nak dibandingkan dengan kita. Sebab itulah Nabi indah dan terlalu istimewa di ‘mata’ Allah.

Adakah kita reda? Adakah kita ikhlas? Kerana siapa sebenarnya hidup dan mati kita? Kerana siapa kita berbuat amal dan kebaikan?
Jom persiapkan diri. Bina perisai keimanan tebal tebal.
Indahnya dugaan hidup. Setiap kali kita sedang menghadapinya kita sedang ditegur oleh Allah. Ditegur dgn cara yg paling lunak buat kita. Untuk kita kembali dekat denganNya. Syukur kerana kita diduga.

Sa’ad bin Abi Waqqas berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?’ Nabi s.a.w. menjawab: ‘Para Nabi, kemudian yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji mengikut kadar agamanya. Kalau agamanya nipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan apabila imannya kukuh diuji sesuai dengan itu (keras). Seseorang diuji terus menerus sehingga dia berjalan di muka bumi, bersih daripada dosa dosa". -Riwayat Bukhari

Hidup di dunia ini merupakan ujian, dugaan dan masalah yang tidak berpenghujung. Datangnya tanpa diundang, silih berganti dalam pelbagai bentuk; kesusahan, kemudahan, perasaan, kebaikan dan keburukan. Ketahuilah, di mana ada suka, di situ ada duka.
Kebahagiaan itu adalah apabila kita mampu membahagiakan orang lain dengan menzahirkan senyum di bibir mereka meskipun hati dan jiwa kita terluka dan kecewa. Berkorban ertinya terkorban. Itulah yang dinamakan pengorbanan.

Biarlah kita disakiti dan dilukai. Jangan sesekali kita menyakiti dan melukai. Bergembiralah dengan perasaan sedih yang hadir. Kerana, kesedihan itu kadangkala boleh menjadi nikmat untuk kita syukuri.

Usrah Santai.

No comments:

Post a Comment