23 April 2016

HIKING : Bukit Mat Said, Kemaman

Assalamualaikum..
Bismillah..

Selalunya bila hiking mesti orang akan sebut Bukit Kluang kan..setahu aku lah sebab Bukit Kluang tu famous jugak.
Tapi kali ni aku hiking dekat bukit depan Kolej itu je. Aku pun dah lupa kejadian tu berlaku bila..

Semua ni bukan rancangan aku tapi rakan rumah sebelah..kiranya aktiviti kali ni dari Team Usrah PMIT tapi anjuran kitaorang..hehehe
Pagi tu kitorang gerak dalam pukul 8.00pg, kalau ikutkan lagi awal kitorang gerak tapi sebab aku terlewat bangun..semuanya jadi kacau..hahaha!

Masa sampai RnR pertama dekat situ takda langsung masalah, cuma roomate aku saja yang tiba-tiba nak pitam. Kitorang rehat la dalam 10minit bagi dia tenang. Masuk RnR kedua tiba-tiba lupa jalan..cuba masuk laluan pertama tapi tak jumpa jalan. Sebab risau kitorang akan sesat duduk dekat situ dalam setengah jam.

Lepas setengah jam tu, aku rasa nak check jalan..
Alhamdulillah..jumpa jalan..sepanjang RnR yang kitorang jumpa langsung tak ada masalah..
Sampai saja dekat atas kitorang punyalah teruja sebab tempat tu lawa gila..dari atas boleh nampak kapal yang tengah berlabuh! Kawasan yang berbatu berdebu tu bahaya lah jugak tapi kalau dah nampak tempat yang tenang macam tu gila tak excited.

Waktu balik kitorang plan nak turun ikut pantai..tapi kali ni memang agak gila sebab masing-masing berendam sampai kedalaman air paras pinggang..panas beb! Allhamdulillah..kitorang selamat sampai Kolej dalam tengahari..

No comments:

Post a Comment