23 July 2016

Dunia pentas LAKONAN

Assalamualaikum
Bismillah.

Semua dari kita tahu dunia adalah pentas lakonan yang mana kita mesti pilih samada untuk menjadi pengarah atau pelakonnya. Di dunia tiada istilah rehat sebab kita mesti "berkerja" untuk dunia yang lainnya. Kisah perjalanan kita bergantung pada cara kita mengarah cerita hidup kita..samada derita atau bahagia. Adakalanya kita mesti hadapi sebuah pergolakan hidup dalam lain cara.

Cara bagaimana diri kita nak hidup juga bergantung pada cara kita mendidik hidup kita. Andai hidup ni boleh memilih dengan cara apa kita hendak hidup, pasti semua ingin bahagia dan menghalang terus derita dari terus menyinggah. Andai diberi peluang pasti aku memilih untuk menjadi seorang yang kuat seperti umi yang tak pernah putus asa dalam berjuang untuk terus hidup demi anak-anaknya. Tapi aku hanya mampu mentafsir sebuah cerita tu dalam mimpi yang singkat.

Menjadi seorang pengarah yang hebat dalam hidup sama seperti kita berjaya mendidik diri kita menjadi seorang hamba yang baik walaupun kita selalu terjerumus dalam pergelolakan hidup yang kita tahu, ujian adalah punca untuk kita terus kuat. Andai kita terus berputus asa tanpa berusaha memperbaikinya, ingatlah..Allah tidak akan membebani seseorang hambanya melebihi batas mampunya.

Sekian.

1 comment:

  1. Hi ... Jemput join segmen saya kat Segmen Sesuci Lebaran dan singgah jenjalan kat Kisah Hidup Ku ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ... Maaf lambat blog walking ...

    ReplyDelete