20 January 2017

Cara cuci rantai perak

Kali ni, aku nak share ilmu dengan korang. Ilmu yang aku dapat dari Mr. Google. Mungkin lah kebanyakkan dari kita yang ada barang kemas/perhiasan perak yang dah lama pakai atau jarang cuci tiba-tiba warna bertukar tak nampak rupa. Ya, benda ni jadi dekat aku 5 tahun lepas. Masa tu dapat hadiah hari jadi from my dad rantai leher perak.

Nak diringkas kan, pakai punya pakai tiba-tiba jadi warna kelabu..bawak pegi kedai untuk pertama kali tu okay lagi, kali kedua orang kedai cakap tak boleh cuci. So aku tak pakai since dari tu then suruh my mom pegang.

Nak dijadikan cerita masa balik cuti untuk sem break semester 3 kalau tak silap terdetik nak pakai balik. Sayang kot, birthday present..suruh my mom cari tapi dia pun lupa mana dia letak

Haa..baru tadi my mom bagi rantai ni sebab dia baru ingat dekat mana dia simpan. Mula-mula tu hancur jugaklah hati sebab dah berkarat bagai tu sume..jadi hitam semua ada. So ingat nak hantar pegi kedai tapi sebab kan aku ni jenis rapat sikit dengan Mr. Google so aku cari sampai dapat.

Mula-mula tu guna tips pertama dengan bahan ringkas sos cili dan setitik air tapi tak jadi. Tapi kali ni aku ikhtiar untuk tips kedua iaitu gunakan air, garam dan kuali. Senang je, panaskan kuali then letak air, campur garam lepas tu letak perhiasan then kacau sampai korang penat..penat jugaklah aku buat tadi.

Lepas tu, aku cuba lah basuh pakai air biasa macam tips tu tapi tak jadi so aku gunakan tips aku sendiri ambil sikit ubat gigi then berus. aku ambil masa untuk kilatkan dan hilangkan semua karat tu dalam masa 2 jam tapi bergantung pada korang punya masalah lah. Then settle!

Itu jelah...hehehe

No comments:

Post a Comment