06 June 2017

Penyair Daif #2

Bila mana semua yang kamu lihat terkadang ada yang sama dan ada yang lain, kamu harus tahu belajar bahawa yang sama itu terkadang cerminan diri dan yang berbeza itu terkadang pelajaran baru yang tuhan mahu kamu hadam dan fasih.

Langit lewat itu juga terkadang punya pelbagai definisi bentuk dan warna yang boleh buatkan kamu khayal dan lupa tentang perjalanan sebentar. Dan apa yang kamu kagumi itu tiada yang salah, yang benar adalah kamu sedang nikmatinya selagi perlu.

Tuhan itu sentiasa ada, tidak kira kamu dibawah mahu diatas. Dia ada dimana-mana seperti monolog kamu disetiap doa moga Dia tidak pernah meninggalkanmu. Bila nanti ada yang membantu, itu tanda pertolonganNya telah sampai tepat saat kamu perlu. Bersyukurlah.

Waktu itu, kamu buka tirai lihat, kami masih dapat merasakan tempat dimana kamu sering berpijak, ada masa kamu lupa dan ada masa kamu ingat. Manusia itu dikurnia menatap, menatap sesuatu yang sentiasa kamu perlu setelah jauh berjalan meyusur mimpi. Ada indah dan ada yang tragis. Kamu yang mencoraknya dan kamu yang menyatakannya.

Bila tirainya mula kamu tarik, langit sentiasa menerang dan sang bayu tanpa lelah menghembus dingin malam. Kamu pejam mata, dengan harapan esok akan muncul seperti selalu. Manusia masih sama perilakunya tapi tidak pada hati.

No comments:

Post a Comment