Pages

14 September 2017

Review Filem [Sunshine Becomes You]


Assalamualaikum dan Hai gaiss! 

Okay memandangkan aku dah lama tak update blog ni sebab kesibukan yang tak seberapa nak sibuk jadi hari ni aku nak review sikit pasal filem dari negara seberang Indonesia ni. Filem ni ditayangkan pada bulan December 2015 jadi dah dikira lama, aku dapat tahu kewujudan filem ni pun dekat twitter and tajuk cerita ni Sunshine Becomes You yang dilakonkan oleh Herjunot Ali sebagai Alex Hirano. Siapa je yang tak kenal dengan beliau ni..salah seorang pelakon hebat Indonesia. Heroinnya pulak Nabilah Ratna Ayu Azalia sebagai Mia Clark dan beliau mungkin pelakon baru sebab masa Filem ni ditayangkan beliau berumur 17 tahun dan Herjunot Ali masa tu dalam lingkungan 29 tahun. Hmm..jauh jarak umur tu. 

Original Soundtrack juga kalau korang nak tahu dinyanyikan sendiri oleh Nabilah Ratna Ayu Azalia sebab kalau tengok biodata, beliau seorang penyanyi yang punyai band sendiri dan bukan itu saja beliau juga seorang penari. Dalam filem ni juga beliau berperan sebab seorang penari yang berjaya. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang cerita ni korang boleh baca sinopsis filem ni sendiri dan aku dah sertakan link untuk korang tonton sendiri filem ni.

Sinopsi Sunshine Becomes You

ALEX HIRANO, seorang pianis terkenal keturunan Jepang yang lebih sering dalam suasana hati buruk daripada suasana hati yang bagus. Ia sedang uring-uringan memikirkan konser yang akan diadakan seminggu lagi. Tak ada yang mampu mengubah suasana hatinya ketika ia terserang bad mood, bahkan adiknya sendiri – RAY HIRANO, seorang group B-Boy. Satu hari, Ray mengajak Alex untuk ketemu gadis yang dia cintai yaitu MIA CLARK di tempat dia mengajar dansa.

Mia Clark adalah gadis penari balet kontemporer yang berbakat. Menari adalah hidupnya. Menari adalah jiwanya. Tak ada yang mampu mengubah itu ketika kondisi tubuhnya mencegah ia mencapai cita-citanya. Saat ia putus asa dan ingin melakukan sesuatu yang bodoh, ia tidak sengaja menyebabkan tangan kiri Alex Hirano patah. Kejadian tersebut membuat Mia merasa bersalah dan ia bersedia menebus kesalahannya dengan cara apapun. Mia menawarkan diri menjadi tangan kiri Alex sampai laki-laki itu sembuh dan Alex menerimanya sebagai pengurus rumah pribadinya. Dengan berat hati Mia harus menghadapi tatapan maut yang dapat menghentikan jantungnya.

Awalnya Alex Hirano lebih memilih jauh-jauh dari gadis itu -malaikat kegelapan yang membuatnya susah. Kemudian Mia Clark tertawa, dan Alex bertannya-tanya bagaimana ia bisa berpikir gadis yang memiliki tawa secerah matahari itu adalah malaikat kegelapan. Awalnya, mata hitam yang menatapnya dengan tajam dan dingin itu membuat Mia gemetar ketakutan dan berharap bumi menelannya detik itu juga. Kemudian Alex Hirano tersenyum, dan jantung Mia yang malang melonjak dan berdebar begitu keras sampai-sampai Mia takut Alex bisa mendengarnya. Tapi pelan-pelan rahasia yang disimpan Mia terungkap, alasan kenapa ia tidak bisa menari di atas panggung megah, alasan ia tidak boleh lelah dan alasan kenapa ia TIDAK BOLEH JATUH CINTA.

Ini kisah yang terjadi di bawah langit New York... Tentang harapan yang muncul di tengah keputusasaan... Tentang impian yang bertahan di antara keraguan... Dan tentang cinta yang memberikan alasan untuk bertahan hidup.

"Seorang pernah berkata padaku bahawa dia tidak tahu kenapa aku bisa mencintai orang seperti dirinya. Terus terang saja aku tidak tahu. Ku rasa aku termasuk salah satu orang yang merasakan kau tidak membutuhkan alasan untuk mencintai seseorang, kerna cinta terjadi begitu saja. Kau tidak bisa memaksakan diri mencintai seseorang sama seperti kau tidak bisa memaksakan diri membenci orang yang kau cintai. Tapi kalau aku harus menjawab pertanyaan itu, ku rasa ku akan berkata bahawa aku mencintainya kerana dia adalah MIA CLARK. Walaupun dia tidak bisa berada disini hari ini, ku harap dia mendengar lagu ini. Dimana pun dia berada dan ku harap dia tahu bahawa selama aku masih bernafas, aku akan selalu mencintainya sepenuh hatiku, selamanya.." - ALEX HIRANO

--------------------------------------------------

Menarik kan? Dan untuk pengetahuan korang juga filem ni diadaptasi dari novel terlaris yang ditulis oleh Ilana Tan penulis novel terkenal Indonesia. Jadi rating yang aku boleh bagi untuk filem ni adalah 9/10 sebab jalan cerita yang kurang klise macam sesetengah cerita yang diadaptasi. Jadi dekat bawah ni aku sertakan link untuk korang tonton online/download.

SUNSHINE BECOMES YOU FULL MOVIE

No comments:

Post a Comment