"Dia, Pilihan Atuk" By AYADAYANA - .

25 January 2014

"Dia, Pilihan Atuk" By AYADAYANA

IZZAT IMRAN menyanyi kecil di kamar biliknya. Hatinya berbunga riang. Entah apa yang membuat hati dia gembira ketika itu. Dia membaling kain tuala berwarna hijau lumut yang basah ke dalam bakul laundry. Dia memerhati pantulan wajahnya di cermin. Ceria.

Deodorant, Polo Perfume. Sedikit Brylcream gel. Sebentar lagi dia akan keluar. Malam masih muda, jarum jam baru sahaja berganjak pukul 9.05 malam. Izzat Imran atau panggilan biasanya Izzat bersiap ala kadar seperti biasa. Jeans Levis dan T-shirt Edwin lantas jam tangan berjenama di atas meja solek itu dicapainya.

Sudah menjadi kebiasaan Izzat menghabiskan waktu malam bersama rakan-rakannya ketika belajar di UK dahulu terutamanya Zaini. Dia sudah berjanji akan berjumpa dengan sahabatnya itu.

Izzat masukkan Iphone dan dompet ke dalam poket seluarnya dan dengan pantas mencapai kunci kereta yang berada di atas katil. Dia pun keluar dari biliknya yang berada di tingkat atas. Daripada atas dia dapat menangkap bunyi televisyen terbuka dari ruang tamu rumah banglo tersebut.

Dia tidak mempedulikan siapa di ruang tamu tersebut. Apa yang pasti dia mahu keluar dari rumah itu pada malam ini juga. Izzat Imran mengorak langkah dengan laju sambil bersiul kecil menuju ke pintu utama rumah itu

“Ehem!”

Deheman tersebut mematikan pergerakkan Izzat Imran ketika itu. Siapa lagi kalau bukan Haji Jauhari. Hanya dia dan Haji Jauhari merupakan penghuni di rumah banglo tersebut.

“Kau nak pergi mana malam-malam ni. Tak reti nak duduk dekat rumah,” Suara garau milik atuk memecahkan kesunyian rumah tersebut. Izzat Imran sudah menggaru kepalanya tidak gatal. Aduh! Atuk ni.

“Duduk sini dulu. Suka hati kau je nak keluar pergi mana? Atuk yang duduk dekat sini pun boleh kau buat tak nampak,” marah Haji Jauhari. Izzat melangkah perlahan mendekati Haji Jauhari di ruang tamu. Dia segera melabuhkan punggungnya ke sofa.

“Alah, Izzat bukan tak nampak Atuk. Cuma Izzat risau lambat jumpa kawan, itu aje,” balas Izzat Imran basa basi. Nampak gayanya, macam tak ada chancelah, kau nak keluar malam ni Izzat!

“Kau nak jumpa budak yang tak cukup kain tu ke,” nada tegas sudah kedengaran. Boom atom bakal meletup sebentar nanti. Nantikan sahaja. Haji Jauhari memandang Izzat Imran seperti tidak puas hati. Izzat Imran makin resah.

“Budak mana pulak ni atuk. Atuk ni mengarutlah!”

“Budak yang tak cukup kain tu lah. Apa nama budak tu, aaaa Fyra rasanya,” Haji Jauhari cuba mengingati nama gadis dimaksudkan itu. Kepala Izzat Imran jadi buntu dengan sikap atuknya.

Sejak umur 12 tahun lagi, Haji Jauhari telah mengambil alih penjagaan cucunya setelah kedua ibu bapa Izzat Imran kembali ke Illahi. Izzat Imran merupakan anak tunggal dalam keluarga dan merupakan cucu terakhir untuk keluarga Haji Jauhari.

“Tak baiklah atuk cakap Fyra macam tu. Dia tu bakal jadi isteri Izzat lah,” kata Izzat Imran seperti jauh hati. Haji Jauhari mencebik.

“Mak bapa Si Fyra tu tak mampu ke nak belikan baju elok-elok untuk dia. Terdedah sana sini. Nak tercabut biji mata atuk tahu tak! Anak Tan Sri bagai, beli baju kain tak pernah nak cukup,” pedas ayat dilontarkan Haji Jauhari.

‘Amekaw! Sebiji kena dengan batang hidung kau!’ hati Izzat Imran bersuara. Izzat Imran masih terdiam di situ.

“Atuk tak suka kau berkawan dengan budak tu, apatah lagi kalau kahwin. Atuk nak kau putus aje dengan si Fyra yang sememangnya tak padan dengan cucu atuk ni.” perintah Haji Jauhari dengan nada berbaur tegas.

Ternganga Izzat Imran dengan perintah dikeluarkan oleh Haji Jauhari.

“Tapi atuk…”

“Tak ada tapi-tapi. Faham!”

Apakan daya terpaksalah dia menuruti kehendak Haji Jauhari. Haji Jauhari mengeluarkan sesuatu daripada bawah meja kopi. Izzat Imran hanya memandang gerak geri Haji Jauhari. Lalu huluran sampul berwarna diserahkan kepada Izzat Imran.

Dia sedikit kebinggung. Berulang kali memandang Haji Jauhari. Lantas dia menyambut sampul tersebut dengan sopan. Izzat Imran membuka sampul itu dengan perlahan. Hati Izzat Imran tertanya-tanya, apakah yang terkandung dalam sampul surat ni. Tak akan duit pulak kut. Pelik-peliklah atuk ni.

Sehelai kertas putih bersaiz A4 berlipat dibuka olehnya. Izzat Imran memandang Haji Jauhari sedikit tenang. Anak mata milik Izzat Imran bergerak membaca baris-baris ayat yang dicetak itu. Berkerut-kerut dahi Izzat Imran ketika menbaca isi kandungan pada kertas itu.

Dia melipat kembali kertas tersebut. Lalu diletakkan semula di atas meja kopi. Haji Jauhari memerhati cucu kesayangannya dengan wajah serius.

“Nur Anisa Sofia. Siapa perempuan ni?” tanya Izzat Imran masih kehairanan.

“Bakal cucu aku.”

******

NUR ANISA SOFIA atau Nisa sedang menyisir rambutnya supaya lebih kemas sambil tepat memandang cermin. “Aku memang tak cantik macam artis atau gadis-gadis lain tetapi aku suka melihat mata aku. Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan kurnia Allah S.W.T.” Nisa tersenyum manis.

Daun pintu ditolak luas oleh seseorang. Nur Anisa Sofia hanya memandang ke dalam cermin sahaja pintu itu bagi melihat siapa yang masuk ke biliknya. Akhirnya Nur Anisa Sofia hanya tersenyum.

Puan Ummu mendekati Nur Anisa Sofia yang berada di meja solek ketika itu. Usia Nur Anisa Sofia sudah berganjak ke dua puluh tiga tahun. Dia merupakan anak kedua dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga itu.
Puan Ummu mengambil sikat di tangan Nur Anisa Sofia lalu di sikat rambut ikal mayang milik Nisa Nur Anisa Sofia. Dia membiarkan sahaja perbuatan uminya. Mungkin uminya sedang merindukan zaman sewaktu Nur Anisa Sofia kecil dahulu.

“Nisa dah besar sekarang. Makin cantik,” puji Puan Ummu terhadap anak gadisnya. Nur Anisa Sofia hanya tersenyum setelah mendapat pujian daripada ibunya.

“Kenapa umi tak tidur lagi?” soal Nur Anisa Sofia seraya memancing minat ibunya. Kebiasaanya, Puan Ummu akan tidur lebih awal.

“Saja. Nak tidur lewat sikit,” balas Puan Ummu. Puan Ummu bergerak menuju ke birai katil seraya dia menghenyakkan pungungnya. Nisa memerhati ibunya. “Nur Anisa Sofia, marah umi dengan walid?”

Nisa mengukir senyuman bersama gigi besi. “Nisa tak pernah marahkan umi dengan walid. Kalau itu yang terbaik untuk Nisa. Nisa turuti,”

“Terima kasih, sebab tak marahkan umi dengan walid. Alhamdullilah, umi syukur sangat dikurniakan dengan anak perempuan baik macam Nisa. Umi bahagia sangat sayang,”

Nur Anisa Sofia merapati uminya lantas memeluk bahu Puan Ummu. “Umi, siapa bakal suami Nisa tu?”

Hati mana tidak tertanya-tanya. Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja umi dan walid membuat keputusan drastik semasa di makan malam tadi. Terkejutnya belum reda. Perkahwinan itu bukan perkara main-main, bukan sesaat tapi untuk selamanya.

“Cucu Haji Jauhari. Umi kenal dengan budak tu.”

Nur Anisa Sofia hanya mengangguk mendengar kata daripada uminya. Tapi dia masih tidak tahu siapa bakal suaminya nanti. Mampukah dia menerima aku dengan seadanya. Atau perkara lepas akan berulang lagi. Harapnya tidak akan berlaku lagi .

******

KERETA TOYOTA CAMRY milik Izzat Imran berhenti di sebuah kawasan perumahan teres dua tingkat. Dia mencapai sekeping kertas telah dikonyoknya yang tertera alamat seseorang.

“Kalau ikut alamat ni betullah. Dia ni cikgu taska ke?” kata Izzat Imran sendirian.

Dia memerhati rumah dua tingkat tersebut sudah berubah menjadi sebuah taska atau tempat asuhan kanak-kanak. Lama dia merenung Taska Gemilang tersebut.

“Ish nak turun ke tak nak ni,”

Izzat Imran sudah tergaru-garu kepalanya.

Sewaktu di pejabat tadi, Zaini merangkap rakan baiknya menjenguk Izzat di ruang pejabat. Itu dah menjadi kebiasaanya, apabila Zaini datang ke pejabat. Untuk bersantai-santai di bilik Big Boss. Mereka berdua berkerja di bawah satu bumbung Impian Holdings. Cuma Zaini berkerja dibahagian yang lain.

“Kau kenapa? Monyok semacam aje.”

Izzat Imran mengangkat keningnya. Nampak sayu sahaja wajah lelaki itu.

“Ada apa yang tak kena ke?” soal lagi Zaini. “Ke kau dah putus dengan Fyra?”

Zaini teringat pada gadis tinggi lampai ala-ala model terkenal dengan raut wajahnya seperti Pan Asian. Memang tidak dinafikan memang cantik gadis bernama Fyra.

“Itu satu kes.” mendatar suara milik Izzat.

“Apa yang tak kena lagi.”

“Tuan Haji Jauhari minta cicit dari aku.” senada Izzat Imran berkata.

Terlopong Zaini untuk beberapa ketika lalu di gelaknya nyaring. Izzat Imran menayangkan muka bosan.

“Benda ni tak lawaklah.” Izzat Imran mula mula hangin bila perkara itu jadi bahan gelakannya. Nasib Zaini sahaja berada di situ, kalau Meor ke Danny confrim gelak sampai pecah perut punya.

“Kenapa tetiba aje dia minta cicit dari kau?”

“Entahlah, orang tua tu mengidam apa sampai dia suruh aku kahwin cepat-cepat.”

“Yelah, takkan tetiba aje kut. Dah ada calon ke.”

Izzat Imran mengangguk lemah. “Nama dia Nur Anisa Sofia.”

******

“MAAF,ENCIK CARI SIAPA?”

Ramah seorang wanita linkungan 30-an itu menyapanya. Izzat Imran bagai tersedar didunia yang nyata. Dia memandang wanita yang berdiri dihadapannya ketika itu. Lama Izzat Imran diam barulah dia kembali bersuara.

“Ada tak dekat sini pekerja bernama Nur Anisa Sofia,” Wanita berbaju kurung itu mengiyakan pertanyaan Izzat Imran bersama senyuman.

“Ada. Dia disana,” Ekor mata milik Izzat Imran mengekori telunjuk jari wanita tu kepada seorang gadis
bersama seorang kanak-kanak kecil.

Sebelum Izzat Imran meminta diri, dia mengucapkan terima kasih. Dengan penuh langkah macho, dia mendekati gadis dimaksudkan oleh wanita itu. Setelah menghampiri gadis pantas menoleh memberikan senyuman.

“Cik Anisa,” Izzat memerhatikan wajah ayu milik gadis itu. Cantik. Desis hati Izzat Imran.

“Maaflah, saya bukan Anisa. Itu Anisa,” Izzat sikit terkejut, mengatakan dia bukan gadis bernama Nur Anisa
Sofia. Izzat Imran menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh gadis manis bertudung itu.

Izzat memerhati dari jarak jauh gadis bernama Nur Anisa Sofia sedang bermain dengan seorang kanak-kanak lelaki. Dia mengorak langkah mendekati gadis itu. Gadis yang memakai baju kurung berwarna biru lembut dengan melepaskan rambut ikal mayangnya membuatkan gadis itu nampak kelihatan cantik.

Perasaan berdebar-debar mula terasa. Izzat Imran menarik nafas panjang sebelum dia menegur.

“Assalamualaikum,” ucap salamnya kepada gadis yang sedang duduk di atas kerusi kecil.

“Waalaikumussalam,” Gadis bernama Nur Anisa Sofia menjawab salam tersebut.
Dengan segara gadis itu, menoleh ke arah lelaki itu. Dua pasang mata itu bertembung. Izzat Imran memandang gadis itu yang memakai kaca mata besar ala-ala budak nerd.

‘Dia ni ke Anisa,’ soal hati Izzat Imran.

“Encik cari siapa?” kata gadis itu lantas memberikan senyuman daripada gigi besi. Perasaan terkejut Izzat Imran masih lagi belum hilang. Dia menelan air liur terasa kelat.

‘Budak nerd ni bakal isteri aku! OH TIDAAKKKKK!’

******

SIARAN TELEVISYEN langsung tidak menarik perhatiannya tatkala itu. Daripada dia menekan punat remote contraller berulang-ulang kali. Dia melurut rambutnya dengan kasar. Buntu. Bayang-bayang gadis bernama Nur Anisa Sofia menari-nari di pinggir matanya.

“ARGH! Apasal dengan aku ni!” Izzat Imran mula membentak.

“Kau dah kena sampuk apa malam-malam macam ni, Izzat.”

Izzat Imran sedikit tersentak dengan suara garau itu. Kalau bukan Haji Jauhari. Pasti dia daripada bilik
bacaan. Haji Jauhari menghenyakkan punggung di hadapan cucu kesayangan.

“Kenapa atuk tak tidur lagi?” soal Izzat Imran membuka bicara.

Haji Jauhari hanya diam, setelah itu baru dia membalas pertanyaan Izzat Imran. “Malam masih muda.”

Izzat Imran sengih kerang busuk. ‘Atuk ni, perli akulah tu!’

Izzat Imran mencapai mug berisi air milo berada di atas meja di ruang tamu tersebut. Lantas di teguknya perlahan.

“Kau dah jumpa ke budak nama Anisa tu.”

Hampir tersembur air yang diteguknya oleh Izzat Imran apabila atuk kesayanganya, menyoalkan tentang gadis
bernama Nur Anisa Sofia. Dia sudah tersengih bagai kerang busuk seraya kepalanya digaru walaupun tidak gatal.

“Dah. Atuk pasti ke budak tu bakal jadi wife Izzat,” tanya Izzat Imran.

“Tepat dan yakin. Kenapa kau tak suka budak ke?” duga Haji Jauhari dengan wajah serius.

“Atuk cari calon bakal isteri Izzat tu elok-eloklah sikit. Ini tak, atuk kutip dekat mana entah budak tu. Dengan cermin mata besar, dah macam cermin tebal macam aquarium ikan. Lepas tu pakai pendakap gigi bagai. Apa ni atuk.”

Habis-habisan Izzat Imran ‘menganyam ketupat’ tentang gadis ditemui semalam. Bagaikan mimpi ngeri bertemu dengan gadis itu.

“Atuk nampak bahu kau dah senget sebelah,” kata Haji Jauhari.

Gelebah Izzat Imran melihat dirinya. Haji Jauhari sudah mengeleng-geleng kepala.

‘Apa nak jadilah dengan cucu aku seorang ni,’ bisik dihati Haji Jauhari.

“Mana adalah atuk. Suka sangat merepek,” Izzat Imran bersuara seraya menjuih bibir.

“Kau tu, macho sangat ke mengata orang itu ini. Sekurang-kurangnya budak Nisa tu. Sopan santun, tak adalah pakai baju. Terdedah sana sini,” pedas kata-kata Haji Jauhari.

“Atuk, carilah calon lain. Kalau betul-betul nak Izzat kahwin,”

“Tak ada. Itu calon terbaik dari Haji Jauhari! Tak boleh diubah-ubah sama sekali,” Haji Jauhari mengeluarkan kuasa veto sepenuh. Alamatnya! Terpaksalah menerima keputusan daripada Haji Jauhari. Mana mungkin, Izzat Imran menolak sama sekali membangkang keputusan dikeluarkan oleh atuknya.

******

“MACAM MANA?” soal Zaini sedang menyedup air fresh orange. Zaini mengalih pandangan ke arah Izzat Imran yang memakaikan kaca mata hitam.

Lalu dia menjuih bibir. “Aku dah memang tak boleh nak bantah cakap orang tua tu. Aku kenalah ikut cakap juga,”
Izzat Imran membuang pandangan ke jalan raya. Fikirannya masih lagi tidak dapat menerima kenyataan bakal isteri seorang yang agak nerd pada matanya. Dengan memakai spek mata besar gedabak lepas tu dengan gigi besi. Tak sesuai langsung jadi bini aku.

“Eh, lupa aku nak bagitahu dekat kau. Fyra ada contact aku tahu tak. Dia cari kau,” Zaini bersuara teringat beberapa malam lepas, Fyra menghubunginya mencari di mana keberadaan Izzat Imran.

Izzat Imran mengeluh panjang. Satu lagi masalah belum selesai, Fyra. Sejujurnya dia masih belum membuat keputusan putuskan hubungan dengan gadis tetapi dia sengaja menghilangkan diri untuk beberapa hari ini.

“Pasal Fyra tu nanti biar aku jumpa sendiri dengan dia. Lagipun aku dengan dia still together,” tutur Izzat Imran sampai mengacau jus epal menggunakan straw.

Belum sempat, straw disisipkan ke bibir. Telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Haji Jauhari di skrin. Izzat Imran menekan butang hijau pada telefonnya.

“Assalamualaikum, kamu dekat Izzat,”

“Waalaikumussalam, Izzat dengan Zaini sekarang ni Atuk. Ada apa Atuk,” Izzat Imran menyoal kembali kepada Haji Jauhari.

Mendengar daripada hujung talian, suara Atuknya agak serius bila bercakap semenjak dia berinjak dewasa.

“Atuk nak kamu balik, salin baju,” arahan tegas dikeluarkan. Izzat Imran tarik muka. Tukar baju? Nak buat apa. Jangan-jangan dia nak suruh aku nikah sekarang ke apa!

“Buat apa Atuk? Izzat baru aje sampai sini. Takkan nak suruh balik dah kut,” dalih Izzat Imran, Walhal dia dan Zaini hampir setengah jam di situ.

“Ini arahan Atuk. Atuk cakap balik sekarang, jadi kamu balik sekarang. Lepas tu ambil Anisa dekat rumah dia. Bawak dia pergi jogging. Assalamualaikum,”

Tanpa sempat membalas, Haji Jauhari sudah mematikan panggilan tersebut. Pergi jogging dengan Anisa. Budak tahu ke jogging?

“Apasal Atuk kau telefon dengan muka berkerut macam ada masalah berat je,” Zaini bertanya melihat rakannya sudah memicitkan kepala.

“Atuk aku ni hah, suruh aku ajak perempuan pergi jogging,” rengus Izzat Imran. Atuk ni kan, saja aje bagi aku bertambah benci dekat perempuan tu. “Dahlah aku chow dulu. Nanti membebel pulak orang tua tu,”

*******

“IZZAT CEPATLAH,”

Panggilan Nur Anisa Sofia dihiraukan oleh Izzat Imran. Tercunggap-cunggap Izzat Imran mengelilingi satu pusingan tasik tersebut. Nur Anisa Sofia mengelengkan kepalanya melihat lelaki itu sudah termengah-mengah.

Gadis itu mendekati lelaki itu. “Baru satu round dah penat ke?”

Izzat Imran menarik nafas panjang-panjang lalu dilepaskan perlahan-lahan. “Rehat sekejap boleh tak. Izzat dah tak larat ni,”

Izzat Imran mengambil tempat kerusi kosong di sediakan di tasik tersebut. Nur Anisa Sofia turut melabuhkan punggung di sisi Izzat Imran. Izzat Imran menyandarkan badannya lalu mendongok ke langit membiru.

“Awak selalu ke jogging?” soal Izzat Imran.

“Selalulah jugak. Seminggu tiga kali itupun kalau ada masalah,” jawab Nur Anisa Sofia dengan jujur. Apabila dia kelapangan waktu, pasti jogging menjadi pilihannya.

“Selau jogging dengan siapa?” Izzat Imran cuba untuk mengorek rahsia tentang gadis itu. Matanya sengaja dipejamkan.

“Walid tak pun sorang-sorang je,”

Matanya tadi dipejamkan kini terbuka luas. “What! Awak datang sini, sorang-sorang? Bahaya tahu tak tempat macam ni. Carilah kawan ajak datang sekali. Lepas ni tak boleh dah jogging sorang-sorang,”

Rupanya, lelaki itu silap tafsir tentang Nur Anisa Sofia. Tapi kenapa aku tiba-tiba aku jadi seorang yang caring sangat ni? Kepala Izzat Imran gerutu. Ah! Lantaklah.

Nur Anisa Sofia tersenyum mendengar omelan daripada lelaki itu. Sejujurnya dia menyenangi tingkah laku lelaki itu. Lagak machonya buat hatinya terpaut gedebuk gitu.

“Eh jomlah sambung balik,” teguran Izzat Imran mengejutkan lamunan Nur Anisa Sofia yang agak ralit sehingga tidak menyedari lelaki itu sudah terlompa-lompat tuk menyambung semula jogging mereka.

******

KERETA MILIK Izzat Imran memberhenti di hadapan perkarangan rumah Nur Anisa Sofia. Izzat Imran menghantar gadis itu semula sebelum Magrib seperti dijanjikan oleh Haji Jauhari. Gadis itu menanggalkan tali pinggang kelendar.

“Thanks for today. Best sangat jogging dengan awak,” ucap Nur Anisa Sofia penuh gaya sopan santun. Izzat Imran tersenyum mesra. Gadis itu tidaklah apa seperti di fikirkan. Tak adalah nerd seratus peratus.

“Most welcome. Saya pun, nanti kalau tak busy kita jogging lagi,” Izzat Imran berkata sambil merenung wajah mulus gadis itu. Cantik juga perempuan ni.

“Okaylah kalau macam tu saya masuk dulu. Jangan lupa solat magrib tau sampai nanti,” pesan gadis itu sebelum memboloskan diri daripada perut Toyata Camry.

Nur Anisa Sofia melambai ke arah Izzat Imran sebelum bayangan kereta tersebut melunjur semula ke jalan raya. Hatinya berbunga girang. Gadis itu mendaki anak tangga menuju ke kamar dan teruskan membersihkan diri setelah bermandi peluh semasa berjogging tadi.

Usai sahaja menunaikan solat Magrib, Nur Anisa Sofia melipat kain telekungnya dan disangkutkan kembali ke tempat asal. Kakinya melangkah ke katilnya lalu dihempaskan badanya.

Di mindanya bagaikan ada rakam yang tersiar di tubir matanya. Biarpun seketika dia bersama Izzat Imran bagaikan berjam-jam dia dengan lelaki itu.

“Umur awak berapa sekarang,” soal Izzat Imran ingin tahu. Nur Anisa Sofia memandang sekilas terhadap lelaki. Pertama kali, dia keluar berdua dengan Izzat Imran pasti perasaan malu dan segan membaluti tubuhnya.

“Baru 24, awak?”

“29 dah,”

Bulat mata Nur Anisa Sofia mendengar angka dua puluh sembilan tahun. “Umur lanjut, apasal tak kahwin lagi?”

“Tua sangat ke?” berkerut dahi Izzat Imran apabila diberitahu.

“Agaklah. Yelah sepatutnya sekarang awak dah punya anak sorang tau,” kata Nur Anisa Sofia, makin lama perasaan malu itu berkurangan.

“Anak? Bini pun takada, celah mana nak ada anak. Lagipun saya tak bersedia untuk berkahwin,” Izzat Imran masih meneruskan pemanduaannya ke tasik berdekatan.

Nur Anisa Sofia sekadar mengangguk perlahan. Pandangan di alih keluar tingkap.

“Awak dah bersedia nak berkahwin ke?” soal Izzat Imran dengan penuh minat.

“Hah?”

“Saya tanya dah bersedia nak kahwin ke?” Izzat Imran terpaksa mengulangi yang serupa.

“Insyaallah. Kalau jodoh tu dah sampai, saya perlulah bersiap sedia tuk ke alam baru,”
Teringat dia pada kenangan-kenangan dulu. Kenangan di mana tidak dapat dilupakan apabila bekas tunang dulu lari dua hari sebelum majlis pernikahan berlangsung. Sebak hatinya apabila terjadi begitu, tambahan lagi keluarganya
turut mendapat tempias.

******

DERINGAN telefon bimbit mengejutkan Izzat Imran yang terlena di atas katil. Dia meraup wajah beberapa kali, silauan mata apabila lampu biliknya masih terpasang.

Teraba-raba Izzat Imran mencari telefon bimbit yang terselit di bawah bantal. Dengan mata yang berat dia mengagahkan dirinya mengangkat panggilan daripada Fyra.

“Hey, baby! You dekat mana tu,” suara ceria milik kedengaran tapi bunyian bising kurang mendengar ayat dari Fyra.

“I dekat rumah ni,” garau suara Izzat Imran berkat. “You dekat mana tu. Bisingnya,”

“You baru tidur ke? I dekat rumah Erni. Dia buat party. Datanglah join, I dah lama tak jumpa you, baby,” sengaja Fyra memanjakan suaranya dicorong talian.

“Sekarang ni, pukul berapa?” soal Izzat Imran dengan malas. Badannya benar-benar rasa penat setelah berjogging petang tadi.

“Baru pukul satu lah, baby. Datanglah sini cepat, party baru aje mula ni,”

“Yelah-yelah I datang sana. You tunggu tau,” akhirnya Izzat Imran kalah dengan penangan manja gadis bernama Fyra. Dia mematikan panggilan itu, Izzat Imran bangun dari pembaringan. Beberapa kali dia meraup wajahnya. Izzat Imran terjun daripada katil dan menuju ke bilik air dengan kadar segera.

******

KAKI MENGHAYUN langkah ke pejabat di tingkat lima. Hari tu dia balik ke pejabat seperti biasa apabila dia tertidur di rumah Erni selepas mengadakan party private.

Izzat Imran melintasi di hadapan meja setiausahanya, Zetty yang tekun membuat kerja. Tanpa memandang Zetty, dia terus ingin masuk ke dalam bilik.

“Maaf Encik Izzat,” tegur Zetty sebaik sahaja ternampak kelibatan majikan yang laju berjalan menuju ke biliknya. Secara mendadak, Izzat Imran memberhentikan langkah dan bergerak beberapa tapak ke belakang.

“Ada apa, Zetty,”

“Tuan Haji sampai kan pesan untuk saya. Kalau Encik Izzat dah sampai, dia minta encik pergi berjumpa dengannya dibiliknya,” tutur laju Zetty selepas menerima arahan dari Tuan Haji Jauhari.

“Okay, nanti saya pergi. Ada apa-apa lagi,” Zetty mengeleng pantas. Selepas dia meletakkan briefcasenya, dia terus naik ke tingkat lapan untuk bertemu dengan Haji Jauhari.

******

“KAMU PERGI MANA SEMALAM,”

Pertanyaan Haji Jauhari membuatkan bibirnya terkunci jika dia beritahu berjumpa dengan Fyra, pasti Atuknya mengamuk tak cukup setahun.

“Semalam , Izzat tidur rumah Zaini,” Izzat Imran mencuba menyembunyikan perkara sebenar.

Haji Jauhari merenung tajam ke arah cucunya. “Kamu ingat atuk ni tak tahu ke kamu pergi mana semalam,”

Izzat Imran sudah menelan air liur. Peluh sudah memercik-mercik ke panggal leher. Maknanya, selama ni atuk
memang spy aku lah kiranya.

“Walaupun atuk tak ikut mana kamu pergi, atuk tahu apa kamu buat dekat luar tu. Satu lagi, kamu masih contact dengan Fyra,” Haji Jauhari menunggu jawapan daripada cucunya. Izzat Imran sudah resah dikala tak tahu apa ingin di jawab kan.

“Mana ada lah atuk. Dah lama Izzat tak keluar dengan dia,” sekali lagi Izzat Imran cuba untuk berbohong.

Haji Jauhari melebarkan senyuman untuk Izzat Imran. “Bagus kalau macam tu. Hujung minggu depan, atuk nak kau bertunang dengan Nisa. Lagi cepat lagi bagus.

“Apa!”

“Tiada bantahan atau bangkangan. Ni keputusan sangat bagus untuk kamu,”
Izzat Imran tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia akan bertunang dalam masa terdekat, lagipun dia baru
aje berjumpa dengan Anisa semalam dan hari ni Atuk cakap nak tunang aku dengan dia hujung minggu depan.

Ohhh! Tidakkkkkkkkk!!

******

USAI sebuah majlis pertunangan yang berlangsung selepas Asar diadakan secara sederhana yang dihadiri oleh kaum kerabat yang terdekat. Seorang gadis baru sahaja mengikatkan tali pertunangan dengan lelaki pilihan keluarganya, iaitu Izzat Imran.

Semenjak Mak Siah yang diwakilkan oleh Haji Jauhari untuk menyarungkan cincin pada jari manis Nur Anisa Sofia. Tak lekang senyuman pada bibir gadis itu. Dia masih lagi memakai busana berona pastel yang dipilih sendiri, Izzat Imran turut menyukainya.

“Nisa, Atuk Jauhari nak cakap dengan Nisa,” Nur Anisa Sofia sedikit tersentak dengan teguran uminya. Puan Ummu menuding jari ke arah Haji Jauhari menunggunya.

“Yeka umi, dah lama ke atuk tunggu Nisa,” Nur Anisa Sofia menginginkan kepastian.

“Taklah, baru lagi. Pergilah, cakap dengan atuk elok-elok ye,”

Nur Anisa Sofia angguk kepala tanda memahami pesanan daripada Puan Ummu. Dia mengatur langkah ke ruang tamu di mana Haji Jauhari menunggunya. Pertama kali, Nur Anisa Sofia bercakap dengan Haji Jauhari. Sebelum ni, tiada kesempatan untuk berbual.

“Boleh Nisa duduk,” lemah lembut Nur Anisa Sofia berkata terselit segaris senyuman. Pada hari itu, dia kelihatan berbeza dengan hari sebelumnya. Tanpa cermin mata besar digantikan dengan contact lens membuatkan gadis itu kurang selesa dengan pandangannya.

“Duduklah, ini rumah kamu kan,” dengan itu, Nur Anisa Sofia duduk bertentangan dengan Haji Jauhari.

“Pertama sekali, atuk minta maaf sebab minta buat majlis ni terburu-buru. Mesti kamu masih lagi terkejut dengan majlis ni. Tapi atuk syukur sangat semuanya berjalan dengan lancar.

Yang kedua, atuk minta maaf bagi pihak Izzat di datang dapat ke majlis dia sendiri. Dia terpaksa ke Sarawak secara mendadak. Tak dapat dia nak tengok kamu hari ni,” ucap Haji Jauhari panjang lebar.

Sepanjang Haji Jauhari berkata, Nur Anisa Sofia sekadar mendiamkan diri sekali gus membenarkan Haji Jauhari berkata sesuatu.

“Takpa, atuk. Nisa faham dengan karier Abang Izzat. Mula-mula umi bagitahu Abang Izzat tak datang,
terkilan juga tapi sekurang-kurangnya Nisa lega majlis ni berjalan dengan sempurna,” Nur Anisa Sofia membahasakan abang untuk Izzat, biar manis didengar. Lagipun, sebagai tanda hormat untuk bakal suaminya.

******

NUR ANISA SOFIA terleku di sejadah, dia baru usai menunaikan solat isyak. Tidak lintas dalam fikirannya, majlis pertunangannya di percepatkan dan mendadak. Kini Nur Anisa Sofia telah menjadi tunangan kepada lelaki bernama Izzat Imran.

Gadis itu menilik cincin pada jari manisnya. Cantik,dia amat menyukainya. Senyuman ditarik hingga ke telinga. Dedaun pintu berkuak tanpa diketuk. Nur Anisa Sofia segera memaling ke arah susuk tubuh yang masuk ke kamar.

Puan Ummu mendekati anak gadisnya,berseri-seri wajah anaknya itu. Bertambah seri apabila sebentuk cincin tersemat dijari Nur Anisa Sofia. Wanita yang bergelar umi menghenyak punggung pada sebuah katil.

Nur Anisa Sofia bingkas bangun lalu menyidai telekung di ampaian lalu bergerak ke Puan Ummu. Dia mengambil tempat disebelah umminya, gadis itu melentokkan kepalanya di bahu Puan Ummu penuh manja.

“Umi, Nisa rasa bahagia,” tulus Nur Anisa Sofia ucapkan. Sememangnya itu yang dirasaikan kini.

Jari jemari anaknya dijadi permainan buat wanita itu. “Umi tahu Nisa gembira sekarang. Umi pun tumpang gembira jugak,”

Nur Anisa Sofia memeluk erat tangan uminya. “Lepas ni Nisa tak boleh dah manja-manja dengan umi dah,”

“Hish, dah bersuami mana boleh lagi nak manja dengan umi. Tapi sekali sekala tu bolehlah. Merajuk pulak laki kamu kang,”

Tersipu malu Nur Anisa Sofia dengan kata-kata uminya.

“Baru umi teringat, walid ada cakap dekat umi yang Nisa ada apply kerja dengan sambung belajar. Betul ke?”

Nur Anisa Sofia mengangguk.

“Tak bagitahu umi pun,”

“Nisa minta maaf. Nisa terlupa nak bagitahu, walid aje sempat Nisa bagitahu. Sibuk sangat nak siapkan majlis ni. Harap umi tak marah,”

Puan Ummu melakarkan senyuman. “Yela, umi tak marah pun. Cuma umi naklah tahu, kalau Nisa dapat tawaran tu macam mana. Terima ke tak?”

Nur Anisa Sofia lepas keluh. Hampir terlupa tentang perkara itu, langsung tidak difikirnya. “Pasal tu, Nisa bergantung pada keadaan, kalau Abang Izzat tak kesah nak kerja ke belajar. Nisa teruskan sahajalah,”

“Baguslah, kalau Nisa dah fikir macam tu. Umi akan senantiasa doakan kebahagian Nisa dunia akhirat,”

Gadis itu memeluk wanita itu penuh rasa kasih sayang.

*******

SEDANG khusyuk menyemak kertas kerjanya, pintu bilik Izzat Imran dibuka kasar. Kelibat Zetty selaku setiausahanya kelihatan sedikit cemas apabila seorang gadis dikenali memasuki biliknya.

“Saya minta maaf, Encik Izzat. Saya dah larang Cik Fyra masuk tapi dia berkeras jugak,” gugup Zetty berkata. Fyra berdiri tegak sambil memeluk tubuh.

Awal pagi lagi, Izzat Imran sudah memesan kepada setiausaha supaya tiada siapa yang menganggunya. Kerjanya masih belum diselesaikan.

“Takpa Zetty, awak boleh keluar,” hemah Izzat Imran berkata. Setelah itu, setiausaha berlalu pergi. Fyra seakan tidak bersalah melabuhkan punggung pada sofa di ruang khas.

“Kenapa tiba-tiba datang sini?” soal Izzat Imran tanpa memandang Fyra, anak matanya masih tertumpu pada skrin komputer ribanya.

“Selama ni I datang tak jadi masalah pun. I tengok you lain sekarang semenjak bertunang ni, asyik dingin aje dengan I,”

Kaki kinjang milik Fyra menuju ke Izzat Imran. Dia tahu Izzat Imran sedang melakukan tapi Fyra tidak
endah. Gadis itu berdiri di belakang, dengan selamba kedua-kedua tangannya menyentuh bahu milik Izzat Imran lantas memicit-micit.

Izzat Imran merasakan sedikit keselesaan apabila dipicit-picit.Hilang rasa sengal pada bahunya. “You, mesti penatkan. Tulah I selalu cakap jangan workaholic sangat kan I dah pesan selalu. You tu cepat stress,”

“You tak kerja ke Fyra hari ni,”

“Tak pun. I off hari ni, sebab I rindu sangat dekat you. Lama tau I tak jumpa lepas you tunang,” nada
suara Fyra bertukaran menjadi manja.

Izzat Imran mencapai jari jemari runcing di bahunya. “Sorry sayang, I sibuk sikit dengan kerja i,”

“Takpa sayang, I faham tapi you kena tahu, I really really miss you,”

Izzat Imran membalas. “Miss you too, honey,”

******

“MACAM mana dik berkenaan ke dengan warna ni,”

Nur Anisa Sofia menguntum senyuman kepada pemilik Butik Pengatin Aura. Rambang mata gadis itu hendak
membuat pilihan. Lagi pulak hanya dia sahaja yang datang, Izzat Imran meminta Nur Anisa Sofia uruskan semua.

Pada hari itu, Nur Anisa Sofia meminta Mimi merangkap sahabat baiknya menemaninya ke butik itu. Mimi juga banyak membantu daripada pemilihan segi pakaian, andaman dan jurugambar.

“Macam mana Nisa, kau nak ke baju tu,” usul Mimi melihat Nur Anisa Sofia masih membelek belek busana pengantin tersebut.

“Kau rasa cantik tak?”

“Tanya aku pulak, kau yang nak kahwin tanya aku.”

“Aku tak pastilah nak amek tak. Abang Izzat tak ada, tak reti aku nak buat pilihan,”

Mimi tayang muka bosan. “Kalau macam tu tak payahlah lagi. Nanti kau tanyalah Abang Izzat kau tu dulu,”

Nur Anisa Sofia mengangguk. Tak lama selepas ni, mereka mula beredar daripada butik itu. Sudah lama mereka berdua tidak berjalan bersama seperti zaman persekolahan.

“Tak sangka lepas ni kau bakal jadi bakal isteri orang. Aku ni aje masih solo sampai ke tualah jawabnya,” kata Mimi, gadis itu agak brutal dan kasar. Biarpun begitu dalam hati masih ada kelembutan.

“Janganlah cakap macam tu sedih pulak. Kau kena banyak belajar jadi ayu sikit. Pakailah baju kurung tak pun kain dan rambut tak payah nak sorok-sorok dalam topi. Lepaskan aje baru boleh bernafas,”

“Gelilah aku nak pakai macam tu. Comel sangat kang semua tergoda,”

Tertawa kecil Nur Anisa Sofia dengan kata-kata Mimi. Tiba-tiba Nur Anisa Sofia terlanggar seseorang yang berjalan dari arah bertentangan.

“Hey perempuan! Tak reti nak jalan elok ke? Harap aje pakai cermin mata besar. Itu pun masih langgar orang,” jerkah seorang perempuan memakai dress paras lutut.

Nur Anisa Sofia terkejut dengan jerkahan itu. Anak mata gadis itu meliar, pengunjung yang datang ke situ saling berpandangan-pandangan. Mukanya bagaikan disimbah perasaan malu tatkala itu.

“Oit perempuan, kau tu tak adab ke? Makhluk daripada mana entah. Tak reti nak jaga adab. Budi bahasa kau letak dekat mana? Tapak kaki ke? Harap aje muka cantik tapi perangai nauzubillah,” Mimi menjadi berang apabila sahabatnya diherdik di khayalak ramai. Mimi memandang ke arah Nur Anisa Sofia yang sudah tertunduk malu.

“Kawan kau tu, buta ke apa. One more thing, kalau nak berborak kau boleh angkut kawan kau pergi tamanlah. Takpayah nak borak sambil berjalan kalau langgar macam ni menyusahkan semua orang sahaja,”

Mimi semakin meluap dengan kata-kata perempuan. ‘Mulut perempuan kalau aku cili memang sedap rasanya,’

“Kau ni takada perasaan bertimbang rasa ke? Kawan aku ni tak sengaja tak kau tak faham lagi,” Mimi sedaya upaya menahan amarahan. Tangannya sudah mengempal penumbuk.

Tiba-tiba seorang lelaki berkemaja datang menghampiri mereka.

“Kenapa ni sayang?” soal lelaki itu kehairanan. Dia memandang ke arah gadis memakai topi dikepalanya.

Nur Anisa Sofia mendengar kehadiran seorang lelaki dan suara itu pernah menyapa cuping telinga. Dia mengesat air mata yang mengalir sebelum dia memanggungkan kepalanya dan matanya bertembung dengan seorang lelaki yang berdiri bersebelahan dengan perempuan itu.

Berubah wajah lelaki itu. Jelas di kaget. Langsung tidak menyangka bahawa lelaki itu tunangannya, Izzat Imran.Bagai jantungnya di panah kilat ketika itu. Hampir pitam dia menyaksi permainan lelaki tersebut. Curungi dibelakangnya.

“Nisa…”

Perempuan tersebut memaling ke arah lelaki berpakaian kemas.

“You kenal dia ke say….”

Belum sempat perempuan itu menyoal, Nur Anisa Sofia memintas. “Ye, kitaorang saling mengenali antara satu sama lain. Izzat Imran, tunang saya,”

Gadis itu sedaya upaya mengumpul kudrat untuk berkata sesuatu. Mungkin sesuatu yang terakhir. Mimi di sisi sudah melopong. Perempuan yang bernama Fyra buat dirinya bukan seorang pesalah. Nur Anisa Sofia cuba untuk menahan air
mata itu gugur.

“Betullah apa orang cakap kita ni umpama pipit dengan enggang. Manakan boleh terbang bersama? Betul tak. Terima kasih atas semuanya. Terima kasih jadi tunang saya selama dua bulan ni. Saya bahagia sangat. Terima kasih Izzat Imran. Untuk girlfriend baru awak, saya minta maaf saya sebab buta. Tak cukup dengan empat biji mata tapi masih langgar orang,”

Tersekat-sekat suara Nur Anisa berkata. Dengan segara dia meninggalkan tempat tersebut. Tak betah lagi untuk berdiri di sini untuk menyaksikan asmara mereka berdua. Hatinya benar-benar sakit. Mimi mengekorinya daripada belakang.

‘Sabarlah, Nisa. Aku tahu kau kuat,’ satu suara selit di tepi telinganya.

“Eh, you nak pergi mana tu,” kulat-kulat Fyra melihat Izzat Imran sudah meninggalkan berseorangan di situ.

“You balik naik cab. Sorry,” laung Izzat Imran. Fyra merengus marah apabila Izzat Imran pergi begitu sahaja.

******

IZZAT IMRAN merengus kasar. Satu panggilan tidak angkat oleh Nur Anisa Sofia. Dia buntu. Serabut. Secara jujurnya, memang kesalahannya apabila keluar dengan Fyra.

Hampir lima belas minit, dia duduk di dalam kereta bawah garaj rumahnya. Hatinya berat untuk menatap wajah Haji Jauhari, pasti lelaki separuh abad itu akan membebelnya seharian.

Dia mematikan enjin keretanya dan terus memboloskan diri ke dalam rumah banglo itu. Baru sahaja melangkah masuk ke dalam kediaman itu. Namanya sudah dipanggil seperti budak sekolah curi-curi keluar kelas.

“Apa yang dah berlaku sebenarnya,” Haji Jauhari menyoal siasat. Izzat Imran hanya tunduk menghadap lantai dan boleh tertembus dengan renungannya itu.

Diam.

“Kenapa sampai jadi macam ni? Lagi sebulan nak kahwin buat perangai tup tup minta putus. Penat aku layan
kau macam ni. Hish nasib tak ada sakit jantung aku ni,”

Izzat Imran angguk kepala. Terkejut.

“Nisa minta putus?!”

“Ye, baru aje sekejap tadi. Mak ayah budak tu datang sini. Aku taktahu apa dah jadi. Nasib ada seorang aje cucu. Kalau ada sepuluh orang cucu, perangai macam kau. Boleh masuk IJN hari-hari,” Haji Jauhari bangkit dari duduk, dia tidak betah lagi untuk menghadap cucunya.

Langkah Haji Jauhari tersekat. Izzat Imran memeluk erat kaki atuknya.

“Atuk, Izzat minta maaf. Izzat salah. Atuk maafkan Izzat,”

“Bukan dekat aku kau patut minta maaf. Tapi yang dekat sana tu,”

******

TANGISANNYA tanpa henti semenjak Nur Anisa Sofia pulang daripada butik lalu terserempak dengan tunangnya. Mungkin ini semua takdir yang telah di tentu. Dia tidak mampu menolak jika tersuratnya begitu.

Dia duduk di sisi katil sambil memeluk kepala lututnya sambil menangis lagi teresak-esak. Hatinya benar tersiat-siat oleh belati tajam. Di mindanya berlegar-legar peristiwa sebenar tadi.

Ketukan pintu bertalu-talu, Nur Anisa Sofia membiarkan ketukan berlanjutan.Dia malas untuk membuka pintu yang telah dikuncinya. Hatinya tanya tahu untuk menangisi apa yang telah berlaku.

Tombol pintu biliknya bergerak-gerak. Pasti umi dan walid ingin membuka dengan menggunakan kunci pendua. Nur Anisa Sofia lemah tidak berdaya. Lalu pintu bilik Nur Anisa Sofia ditolak agak kasar. Terserlah tubuh Puan Ummu dan Encik Hakimi di muka pintu.

Puan Ummu bergerak pantas mendapatkan anak gadisnya yang sedang duduk memeluk lututnya. Puan Ummu menarik Nur Anisa Sofia dalam pelukan ingin menenangkan hati Nur Anisa Sofia buat seketika.

Gadis itu memeluk Puan Ummu seerat-eratnya. Dia menanggis di dalam pelukan uminya. Encik Hakimi hanya berdiri dan menyaksikan dua beranak tersebut tenggelam dalam tangisan.

“Sudahlah tu,nak. Jangan macam ni tak elok,” pujuk Puan Ummu.

Nur Anisa Sofia merenggangkan pelukkan dan Puan Ummu mengambil kesempatan menatap wajah anaknya. Matanya
menjadi sembam akibat tidak berhenti menangis.

“Kenapa Abang Izzat buat Nisa macam ni? Apa salah Nisa, umi,” getar suara milik Nur Anisa Sofia.

“Cuba cerita dekat umi dengan walid apa dah jadi. Tiba-tiba minta putus, umi dengan walid dah tunaikan apa Nisa minta. Sekarang cerita dekat umi apa yang dah berlaku, nak,”

Nur Anisa Sofia menarik nafas panjang. “Dia ada orang lain. Lagi cantik dari Nisa,”

“Astaga…” ucap Encik Hakimi yang duduk di birai katil. Lemah jantung Puan Ummu apabila mendengar kata-kata Nur Anisa Sofia. Air mata Nur Anisa kembali menitis ke lekuk pipinya.

“Betul ke Nisa. Entah-entah kawan dia,” Encik Hakimi cuba untuk menyedapkan hatinya sekali gus membela Izzat Imran.

“Kawan apa kalau dah bersayang-sayang. Bukan perempuan tu tapi Abang Izzat sendiri panggil dekat dia sayang. Nisa ni apa,walid. Patung permainan dia ke? Nisa pun ada perasaan walid,” tersedan sedu Nur Anisa Sofia meluahkan isi hatinya. Perih. Puan Ummu menggeleng kepala beberapa kali. Dia sendiri tak sangka perkara itu akan terjadi.

“Kenapa Nisa kena ujian macam ni banyak kali? Kenapa semua Nisa sayang buat Nisa macam ni? Kenapa umi? kenapa walid?” Nur Anisa Sofia menggoncang tubuh Puan Ummu. Anaknya itu seperti kehilangan sesuatu. Tidak menentu
arah

“Sudahlah tu nak. Jangan macam ni. Anggap aje Nisa tak ada jodoh dengan Izzat. Umi dengan walid ada sayangkan Nisa,” Puan Ummu tidak putus asa untuk memujuk anaknya itu.

“Umi, walid. Nisa dah buat keputusan Nisa untuk terima belajar dekat US. Nisa tak sanggup nak tinggal
sini. Nisa kena bawak diri sini. Nanti Nisa asyik ingat dia aje,”

Jelas berubah wajah kedua-dua orang tuanya tentang keputusan untuk belajar United States. Tawaran belajar itu dapat seminggu lepas. Dia berharap Puan Ummu dan Encik Hakimi dapat melepasnya ke sana.

“Jangan bawa diri sampai ke US, nak. Nanti umi rindukan Nisa macam mana,”

Nur Anisa Sofia cuba untuk menggariskan senyuman di panggal bibirnya. Dia mengusap lembut pipi wanita itu.

“Umi… Nisa pergi sekejap saja. Tiga tahun aje. Bila Nisa ada masa, Nisa balik ye. Harap umi dengan walid
izinkan,”

“Kalau itu yang bahagiakan Nisa, walid lepaskan. Janji dengan walid, Nisa akan jaga Nisa dekat sana nanti,” Encik Hakimi pula berkata. Lelaki tua itu menerung tepat pada mata anaknya, ada sinar terbit situ.

“Terima kasih, walid,”

mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
mengapa kita masih saja tak pernah bersatu
selalu saja bertemu, bertemu saat kau milik yang lain

mungkin kau bukanlah jodohku, bukan takdirku
terus terang

aku merindukanmu, setengah mati merindu
tiada henti merindukanmu
masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu

mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana

mungkin kau bukanlah jodohku
atau bahkan bukan takdirku
terus terang (terus terang)

aku merindukanmu, setengah mati merindu
tiada henti merindukanmu
masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu

aku merindukanmu, setengah mati merindu
aku merindukanmu, masih hatiku untukmu
aku tetap menunggumu (ku tetap menunggu)
(setengah matiku menunggumu) menunggumu
aku tetap menunggumu

*******

KERETA milik Izzat Imran berhenti depan pagar rumah Nur Anisa Sofia. Hatinya gelisah untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Apakah keluarga itu masih menerima kehadirannya?

Izzat Imran mengetuk-getuk stereng. Fikirannya runsing saat itu.

“Adoi, c’mon Izzat. Jangan duduk aje dalam kereta ni,” monolognya sendirian.

Akhirnya dia mengambil langkah untuk keluar dalam perut keretanya. Kaki melangkah dan memasuki halaman rumah yang pagar terbuka. Langkah terhenti apabila tiba di muka pintu yang tertutup rapat. Dia mengetuk pintu
rumah itu, untuk kali kedua barulah pintu tersebut dibuka.

“Assalamualaikum, umi,” Izzat Imran memberi salam sebaik saja muncul Puan Ummu di pintu.

Puan Ummu sedikit kehairanan. “Waalaikumussalam, jemputlah masuk,”

Izzat Imran mengukir senyuman. Dia membantuti wanita itu ke ruang tamu. Melihat ruang tamu tersebut tersusun rapi. Pelbagai jenis bingkai gambar tergantung pada dinding rumah itu.

“Izzat seorang sahaja ke?” soal Puan Ummu.

“Ye, seorang. Izzat dari office,lepas itu terus datang sini,” balas Izzat Imran seraya melabuhkan punggung di atas sofa.

“Kalau macam tu takpa, umi masuk dalam sekejap buatkan air. Umi panggilkan walid,”

Izzat Imran sekadar mengangguk. Matanya meliar setiap sudut rumah. Matanya tertancap bingkai gambar kecil yang tergantung, tanpa diduga senyuman terukir. Pasti Nisa. Comel.

Lelaki dikejutkan dengan sentuhan pada bahunya. Bingkas dia bangun menyalami Encik Hakimi. Tuan rumah itu menjemput Izzat Imran duduk semula.

“Walid sihat,”

“Alhamdulilah sihat,” balas Encik Hakimi. “Langkah kananlah kamu datang sini. Umi tengah goreng pisang tadi,”

Puan Ummu kembali ke ruang tamu sambil menatang dulang disertai air dan goreng pisang masih panas.

“Jemputlah makan. Pisang tengah panas-panas tu sedap dimakan,”

Agak segan dia berhadapan umi dan walid Nur Anisa Sofia. Semenjak dia putus tunang, langsung dia tidak menjenguk mereka berdua. Malu dengan dirinya sendiri dan keluarga itu.

“Umi walid, Izzat minta maaf apa yang dah berlaku. Itu memang salah Izzat. Izzat tak jujur dengan Nisa. Izzat harap walid dengan umi harapkan kesalahan Izzat. Izzat dah sakitkan hati Nisa,”

“Sudahlah, benda dah lepas. Tak payah nak ungkit. Walid anggap korang tak ada jodoh saja. Walid maafkan. Janganlah kamu risau sangat,” ucap Encik Hakimi dengan tenang, Izzat Imran memandang ke arah Puan Ummu, wanita itu melayangkan senyuman.

“Mana Nisa, Izzat tak nampak pun,” soal Izzat Imran. Teringin dia jumpa dengan gadis itu.

Suami isteri itu saling berpandangan. Pasangan itu agak berat mulut ingin berkata.

“Nisa, tak ada dekat sini. Dia dekat US sekarang,” Puan Ummu berkata.

Izzat Imran seperti tidak percaya Nur Anisa Sofia sudah tidak berada di sini. Berkerut dahi lelaki itu.

“Bila Nisa ke sana? Berapa lama?”

“Selepas seminggu kamu berdua putus. Nisa cakap dalam tiga tahun macam tu,”

Fikiran Izzat Imran terbang jauh. Dia tak menyangka Nur Anisa Sofia benar-benar telah meninggalnya. Jauh
betul kau pergi Nisa. Kau betul-betul bawa diri. Maafkan aku, Nisa.

*******

LELAKI itu menyandar badan pada bangku di sebuah taman reakasi. Kepalanya menatap dada langit terbentang luas. Hatinya sedikit tenang apabila tatkala memandang kehijauan alam ni.

Dia cuba untuk memejam matanya untuk seketika. Tak sampai beberapa saat bahunya ditepuk oleh seseorang. Izzat Imran membetulkan posisi dan memberikan ruang untuk kawannya.

“Apahal bro, ajak jumpa. Dekat taman pulak tu,kau nak ajak aku dating ke apa,” tegur Zaini yang baru sahaja melabuhkan punggung pada bangku itu.

“Saja. Lama tak lepak sini. Ambil angin petang,”

“Apa yang kau buang tabiat sangat ni. Geli pulak aku dengan kau ni,”

“Kau dari mana,”

“Dari officelah, nasib aku tak terlanjak lagi nak sampai ke rumah. Kau ni kenapa sebenarnya?”

Izzat Imran keluh berat. “Aku dah putus tunang,”

Reaksi Zaini sedikit terkejut. “Serius ke bro,”

“Kau nampak muka aku main-main ke? Dah sebulan lebih aku putus dengan Nisa. Sebab dia nampak aku dengan Fyra,”

Zaini menggaru-garu kepala tidak gatal. “Atuk kau tak bising ke?”

“Dia banyak diam. Dia cakap aku dah besar boleh fikir mana baik mana buruk,”

“Relaxlah bro, bukan dulu kau tak berkenaan dengan perempuan tu ke?” Zaini menepuk-nepuk bahu milik Izzat Imran.

“Itu dulu, sekarang tak lagi. Perasan sayang itu ada dekat sini. Tiba-tiba datang, tiba-tiba pergi,” Izzat Imran membuang pandangan ke arah taman pertaminan kanak-kanak itu.

Zaini mengeleng kepala. “Dasyat betul cinta kau ni. Dahlah tu kau tak payah nak dikenang-kenangkan. Hidup perlu diteruskan. Fyra kan ada. Dia mesti boleh teman hari-hari kau. Malam ni kita lepak-lepak dengan club, kau pun dah lama tak pergi sana kan,”

Izzat Imran bingkas bangun daripada bangku. Cermin mata hitam tergantung pada kemajanya segera disangkut pada batang hidungnya.

“Aku dah cuci tangan. Lagipun aku tunggu Nisa balik Malaysia semula. Jomlah aku belanja minum dekat kopitiam,” Izzat Imran melangkah kaki ingin meninggalkan taman tersebut. Zaini sedikit kehairanan tapi dibiarkan sahabatnya itu mengekorinya daripada belakang.

*******

JARUM JAM sudah berganjak ke pukul 11 pagi. Izzat Imran sedikit mengeluh. Dia membuang pandangannya pada jalan raya.

“Lambatnya,” rungut Izzat Imran.

Izzat Imran menghirup jus tembikai yang masih berbaki. Pada waktu dia telah mendapat temujanji dengan seorang kliennya untuk membincang tentang projek terbaru. Dia sengaja memilih kafe yang berdekatan dengan syarikatnya, tidak perlu menempuh kesesakan jalan raya.

Selang beberapa minit, seorang klien yang dijanjikan sudah pun tiba.

“Maaf Izzat Imran, lambat sikit,” Lelaki berpakaian kemas itu menghulur tangan untuk berjabat.

“Tak apa, saya faham, Encik Fendi. Jemput duduk,” Encik Fendi seraya itu melabuhkan punggung di atas kerusi.

“Maaf lambat sikit,” suara satu menyentuh gegendang telinga milik Izzat Imran. Dia mengangkat kepala melihat susuk tubuh cantik milik seorang gadis yang memakai kemaja berwaran putih dipadankan skirt labuh berwarna hitam. Rambut panjang mengurai dilepaskan.

“Sebelum terlupa kenalkan. Ini secretary saya,” Encik Fendi memperkenalkan kepada wanita tersebut.

“Saya Nur Anisa Sofia,” penuh bergaya gadis tersebut memperkenalkan dirinya. Izzat Imran sedikit kaku. Lidahnya terkelu melihat penampilan gadis tersebut. Cantik.

“Saya Izzat Imran,”

Mereka berdua berupa-rupanya untuk saling tidak mengenali. Kerusi meja makan ditarik oleh Nur Anisa Sofia lantas melabuhkan punggungnya. Mata Izzat Imran tidak dapat melepaskan pandangan terhadap wanita itu.

“Dia ni girlfriend saya tau, jangan berani kenyit mata dengan dia,” kata Encik Fendi berbaur amaran. Izzat Imran senyum kelat mendengar kata-kata daripada Encik Fendi.

Tanpa membuang waktu, Encik Fendi menerangkan beberapa perkara penting. Izzat Imran terangguk-angguk apabila lelaki tersebut menerangkan serba sedikit tentang projek yang bakal dijalankan. Fikirannya hanya tertumpu pada gadis tersebut, sesekali anak matanya menjeling ke arah Nur Anisa Sofia sedang menulis sesuatu ada notanya yang duduk bertentangan.

“Sorry, take five minute. I need to go to the restroom,” Encik Fendi terus bangun dan meninggalkan mereka berdua di situ.

Izzat Imran merenung gadis dihadapannya. Walaupun majikannya tiada di situ, Nur Anisa Sofia belum berhenti menulis.

“Nisa apa akhabar,” Izzat Imran cuba memberanikan diri untuk menegur gadis tersebut. Ye! Gadis jauh beza dengan dulu. Banyak perubahan telah berlaku.

“Alhamdulilah baik aje, how about you?” Nur Anisa Sofia mengambil tindakkan untuk berhenti menulis seketika. Matanya menatap ke arah Izzat Imran. Dia memerhati susuk tubuh lelaki itu kelihatan seperti susut. Diet agaknya!

“Fine. So dah tiga tahun lebih kita tak jumpa. Awak dah banyak berubah, Nisa,” terus terang Izzat Imran berkata. Tiga tahun, satu jangka masa yang panjang. Selama itu juga hidup lelaki itu dibayangi gadis itu.

“Apa yang berubahnya. Saya tetap Nisa,” Nur Anisa Sofia rupa-rupa tidak mengerti kata-kata lelaki itu. Jika dulu, Nur Anisa Sofia memakai cermin mata besar kini tidak lagi.

“Tak awak dah lain. Terkejut saya, awak secretary Encik Fendi. Tak sangka saya jumpa awak dekat sini,”
Nur Anisa Sofia mengukir senyuman menampak sebaris gigi tersusun rapi.Tiada lagi pendakap gigi menghiasi senyumannya.

“Tak apa yang lain. Just biasa-biasa saja. How your life? Mesti dah ada anak kan,” ceria suara Nur Anisa Sofia, dah lama dia tidak berjumpa lelaki ni. Terubat rasa rindu di hati.

Pada rajin sahaja mulutnya mengatakan setuju mengikut majikan. Ada hikmat rupanya. Terima kasih, Ya Allah!
Izzat Imran tergelak kecil. “Dari mula saya kenal awak. Mesti tanya pasal anak. Saya ni masih bujang lagi tau,”

“Jadi awak tak kahwinlah dengan girlfriend awk tu,” dahi Nur Anisa Sofia sedikit berkerut. Sejujurnya, dia agak berat mulut untuk menanya tentang perkara itu. Hatinya masih rasa sakit apa yang terjadi tiga tahun lepas. Bukan sesuatu perkara yang mudah untuk melupakan.

“Yelah, saya dengan dia tak ada apalah. Awak aje fikir lain,”

Nur Anisa Sofia mendiamkan diri. Encik Fendi kembali ke meja.

“Dari jauh nampak korang berdua berbual rancak aje,” Encik Fendi memerhati Izzat Imran dan setiausahnya.

“Borak kosong aje. Boleh kita teruskan,” usul Izzat Imran lalu Encik Fendi mengangguk tanda setuju.

Mereka meyambung kembali perbincangan yang tergendala seketika. Dalam fikiran Nur Anisa Sofia, dia sudah silap tafsir tentang lelaki itu. Adakah aku masih di hatinya?

*********

NUR ANISA SOFIA merenung komputer ribanya. Sehari suntuk dia menghabiskan masanya mengadap komputer. Biasalah di hujung minggu begitu dia banyak menghabiskan masa di bilik.

Gadis itu dikejutkan dengan ketukan pada dedaun pintu.

“Masuklah, pintu tak kunci pun,” jerit Nur Anisa Sofia. Terjojol Puan Ummu di balik pintu. “Ada apa umi,”

Puan Ummu menghenyak di birai katil anaknya. Wajah Puan Ummu berseri-seri tak lekang bibirnya mengukir
senyuman.

“Ada tetamu dekat bawah. Dia ajak Nisa keluar. Siaplah. Dia tunggu kamu dengan bawah,”

Nur Anisa Sofia kehairanan. Hatinya mengerutu. Sapa tetamu tu? Takkan Encik Fendi, hish tak mungkinlah. Nur Anisa Sofia turun dari katil lalu kakinya dihayun menghampiri ke jendela.

Sebuah kereta berwarna hitam tersadai dihadapan rumahnya. Dia tak mampu fikir siapa pemilik kereta itu. Aduh!

“Dahlah, tak payah nak pening-pening fikir. Pergi siap cepat dah lama dia dekat bawah tu,”

Nur Anisa Sofia tidak mampu untuk membantah kata-kata uminya. Diturutkan sahaja asalkan Puan Ummu tersenyum begitu. Dia mencapai tuala mandi lalu memboloskan diri ke bilik air.

********

“TAK sangka awak yang ajak saya keluar ingat sapalah tadi,”

Mereka berdua jalan beriringan menyusuri di sebuah tasik itu. Izzat Imran hanya tersenyum mendengar kata-kata Nur Anisa Sofia.

“Kenapa dah tak sudi ke keluar dengan saya?” duga Izzat Imran sekali sekala dia memandang wajah milik gadis di sebelahanya.

“Bukan macam tulah, tak pernah pun orang ajak saya keluar weekend macam ni. Yelah semua dah berkeluarga. Saya aje masih bujang,”

“Boyfriend awak Encik Fendi tu,”

Nur Anisa Sofia ketawa kecil.

“Kenapa awak ketawa? Salah ke apa yang saya cakap,”

“Encik Fendi tu majikan saya sahajalah. Dia bukan boyfriend saya. Semua staff dekat office tu, semua girlfriend dia. Dia tu ada dah binilah awak,”

Izzat Imran menarik nafas lega. Tak sangka dia termakan kata-kata Encik Fendi tempoh hari. Nur Anisa Sofia mengelengkan kepalanya.

“Sebelum saya terlupa, saya nak minta maaf pasal kita dulu. Salah saya. Saya mengaku. Saya tak jaga awak dengan baik,” tulus Izzat Imran ucapkan. Nur Anisa Sofia agak terpana dengan kata-kata Izzat Imran.

“Cerita dah basilah, tak pergi dikenangkan. Saya dah buka buku baru. Tapi kita boleh jadi kawankan,”

Melantun-lantun perkataan kawan di minda Izzat Imran. Sebagai kawan? Izzat Imran melepaskan keluh berat. Mana mungkin hati ingin menerima Nur Anisa Sofia sebagai seorang kawan.

Nur Anisa Sofia sudah melangkah jauh. Lelaki itu mengejarnya daripada belakang. Dia harus berbuat sesuatu.

“Nisa…” lembut lidah Izzat Imran memanggilkan gadis itu. Hampir luruh jantung gadis itu apabila bibir lelaki tersebut hampir cuping telinganya. Hatinya mula bergetar.

Izzat Imran memejam kedua-dua matanya. “Saya tak nak jadi kawan untuk awak, tapi saya nak awak dunia akhirat jadi isteri saya. Izinkan saya jadi pemilik tulang rusuk kiri awak,”

Gugur air mata Nur Anisa Sofia. Tak sangka lelaki itu melamarnya disitu. Air mata yang tumpuh itu, air mata bahagia.

“Hey, kenapa menangis ni? Saya ada lukakan hati awak ke?” Izzat Imran hairan tiba-tiba sahaja air mata Nur
Anisa Sofia tumpuh ke pipinya.

“Tak adalah, saya ingin awak dah tak ada hati dekat saya,” ada getar pada suara Nur Anisa Sofia.

Izzat Imran meletak jari telunjuk pada bibir gadis itu. “SShhhhh, nama Nur Anisa Sofia tak pernah terpadam dalam hati saya sayang. Tiga tahun saya tunggu awak, saya takkan sia-sia lagi peluang ni. Jadi sudi tak awak terima saya sebagai suami awak,”

Dalam malu Nur Anisa Sofia menangguk kepalanya. Izzat Imran tersenyum, tak sia-sia dia tunggu selama tiga. Kini hatinya berbunga riang, dia sudah tidak sabar memperisterikan Nur Anisa Sofia.

*******

SEPASANG PASANGAN menyusuri gigi pantai yang dipukul ombak. Ombak kelihatan kian memutih tatkala hadir di gigi pantai. Terasa damai di hatinya menikmati pemandangan di sekitar pantai.

Dengan sekali lafaz, Nur Anisa Sofia kini sah bergelar isteri kepada Izzat Imran. Pulau Bali, Indonesia menjadi pilihan destinasi bulan madu buat mereka berdua. Hampir sebulan lebih mereka telah mendirikan rumah tangga.

Izzat Imran merangkul pinggang isterinya. “Best tak honeymoon dekat sini,”

Nur Anisa Sofia memandang suaminya yang berkaca mata hitam. Dia mencuit batang hidung si suami.

“Best! Tapi best lagi honeymoon dengan Malaysia aje. Dekat sana pun tak sempat nak jelajah,”

“Yeka, kenapa hari tu tak suggest dekat abang langsung? Diam aje,”

Nur Anisa Sofia menyorok senyumannya. “Saja, lagipun Nisa tak kesah dekat mana-mana. Janji ada abang dekat sisi Nisa,”

Nur Anisa Sofia membalas rangkulan suaminya. Saat itu perasan bahagia, suaminya adalah anugerah terindah yang diterima. Langkah mereka berdua terhenti di tengah-tengah gigi pantai. Izzat Imran mencapai tangan isterinya, lantas bertentangan.

Izzat Imran menolak lembut rambut yang sebahagian menutupi mata Nur Anisa Sofia. Isterinya sekadar diam dengan kelakuan Izzat Imran.Dia selesa dibelai suaminya.

“Sebenarnya, abang lagi suka Nisa yang dulu,” jujur Izzat Imran berkata. Kening Nur Anisa Sofia terangkat sedikit.

“Kenapa pulak?”

“Sebab abang jealous sekarang ni,” bisik Izzat Imran kepada Nur Anisa Sofia. Isterinya tertawa kecil seolah-olah tidak percaya kata-kata Izzat Imran.

“Sejak bila pandai jealous semua ni,”

“Sejak isteri abang nak cun macam ni. Semua orang pandang Nisa. Mana boleh! Nisa, abang punya seorang saja,”

Beberapa pasang mata memandang mereka berdua. Tetapi tidak endahkan.

“Mengada-ngada. Dulu tak macam tu pun.Jangan risau, Nisa sayang abang seorang aje. Hati Nisa untuk abang tau,”

Nur Anisa Sofia memeluk tubuh sasa milik suaminya. Mereka berdua berbenam dalam pelukan seketika. Satu suara kecil di cupingnya. “I will love you until forever, Nur Anisa Sofia,”

Izzat Imran meletakkan dagu di atas kepala isterinya dan dia juga mengucup ubun-ubun rambut isterinya dengan lembut. Dia mahu Nur Anisa Sofia tahu akan kasih sayang dia hanya milik wanita itu sahaja.

Similir angin di Pulau Bali menari-nari menjadi saksi cinta di antara Izzat Imran dan Nur Anisa Sofia. Biarpun, lama menanti wanita itu ke pangkuannya semula. Namun dia bersyukur ke hadrat Ilahi masih memberi peluang dan ruang untuk menjadi suami kepada wanita. Diharap kasih ini berpanjang sehingga ke syurga. Mungkin suratan takdir, berpisah dan bertemu jua. Itu dinamakan jodoh, jodoh itu rahsia Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment