Apa salah saya? - .

18 April 2014

Apa salah saya?


Saya kata, saya yang BETUL
Awak pulak kata, awak yang BETUL
Habis, siapa yang BETUL?
Awak Betul? Atau saya yang BETUL?


Saya kata awak yang SALAH
Awak pun kata, sayalah yang SALAH
Habis, saya atau awak yang SALAH?
Hish, naik serba SALAH...



Apa yang dah jadi?
Kenapa mesti menuding jari?
Mesti ke menangkan diri sendiri?
Tak boleh ke sama-sama kita fikirkan solusi...?



Salah betul, kita ke yang tentukan?
Siapa kita, untuk mewakilkan Tuhan?



Jangan jadi ekstremis
Cuba kita jadi optimis



Sudah-sudahlah tu bertegang urat..
Buang yang keruh
ambil yang jernih
boleh buat?


No comments:

Post a Comment