Kereta Rosak - .

19 January 2015

Kereta Rosak

Assalamualaikum..
Bismillah..

Aku masih berada pada mood tahun baru sebenarnya..lamanya tak update blog. Rasa macam nak bersara pun ada..hehehe! Tak ada apa pun yang nak dicerita tapi mungkin ada lah..serba sedikit tentang minggu ini & minggu lepas-lepas. Okay! Minggu lepas aku ada balik kampung untuk dua hari sebab my mom ada urusan dengan doktor dekat sana, masa nak bertolak tu rasa tak sedap hati je dengan kereta aboh yang honda ni..bukan apa sebab kereta ni selalu rosak..okay! aku naik. Alhamdulillah sampai, tapi nak ke sampai d Terengganu banyak kali jugaklah aboh berhenti sebab nak tidur..bahaya jugakkan kalau terlalu memaksa.

Esoknya, lepas selesai urusan terus balik..masa tu dalam pukul 11pagi. Jalan punya jalan dalam pukul 3petang lebih kurang kereta yang aku naik tu tiba-tiba suhu naik mendadak..berhentilah dekat tepi highway, bukak je bonet depan berasap dohh! Gila tak panik..! Check punya check..rupanya tangki air rosak. Masa tu baru lepas Tol Jabor. Call orang lebuh raya tp ambil masa dekat sejam jugak nak ke tunggu dorang sampai, tunggu punya tunggu datanglah Mekanik ni..tak tahulah dari mana..mungkin orang yang ada kaitan dengan lebuhraya..doranglah yang bantu kitorang selesaikan kes kerata ni

Sampai ke Muadzam Shah, suhu naik lagi. Adoiii! Masa tu punyalah sakit hati..tapi masih boleh bawak berbincang..Istighfar banyak-banyak..aku fikir masa tu Allah cuma nak uji..masa tu dah check slow-slow tapi kitorang teruskan repair lepas makan..bayangkanlah, aku makan pagi lepas tu malam pulak baru makan..tak macam bergelora perut..balut punya balut penutup tu..kitorang teruskan perjalanan setakat mana sempat. Sampai je sempadan Segamat kereta buat hal kali ketiga..tengok-tengok penutup tu tercabut, balutlah lagi.sudahlah tempatnya gelap..tepi-tepi kawasan ladang kelapa sawit..kalau masa tu balik sekali dengan abang aku takpelah jugak..ni kitorang cuma berempat, 3 perempuan sorang lelaki..terpaksalah aku keluar dari kereta tolong apa yang patut. Berdebar beb!

Okay! Siap je balut terus blah dari tempat seram tu..sampai je dekat Segamat, aboh cari Hotel..bermalam lah kitorang berempat dekat situ sebab nak smpai ke Pontian ambil masa 2jam..takkanlah nak berhenti check, check & check. Alhamdulillah! Tepat pukul 12tengahari aku selamat sampai..itu memang sejarah terciptalah bagi 2015..hehehe. Fee Amanillah!

No comments:

Post a Comment