Manusia penuh DENDAM - .

26 March 2015

Manusia penuh DENDAM

Assalamualaikum..
Bismillah..

Sejak tahun 2012, hati aku sukar ditafsir oleh orang-orang disekeliling, sikap aku berubah menjadi manusia baran..aku tak keruan.
Aku payah memahami hati aku sendiri. Sukar untuk percayakan diri aku sendiri. Aku lebih rela diam & jadi manusia yang bisu tanpa kata.
Kadang-kadang, aku jadi manusia yang sukar memaafkan kesilapan orang lain. Bisa jadi, aku mudah menjadi manusia yang penuh dengan dendam. Untuk apa, aku pun tak tahu.
Mungkin, aku mudah menyayangi orang lain tapi tak mudah untuk mencintai kerana aku belajar dari setiap perkataan sayang yang terbit dalam hati.
Hati aku keras, walau dilempar pelbagai kata..aku tetap diam, diam selagi aku boleh. Aku pernah dilabel sebagai manusia yang sombong kerana dari sikap aku yang pendiam & suka menyendiri. Erti kata lain, aku kurang suka berkawan..cukup empat orang sahabat sudah memadai. Prinsip hidup aku, semakin ramai kawan, tak mustahil musuh kita akan bertambah.
Aku masih dalam perjalanan, mencari diri aku sebenar. Untuk menjadi manusia baru..tak mudah & tak payah. Teruskan istiqamah. InshaAllah..ada jalan

Nukilan,
CeriteraHidup97 

No comments:

Post a Comment