#HatiPerempuan drama yang menggantikan #TemanLelakiUpahan - .

27 March 2015

#HatiPerempuan drama yang menggantikan #TemanLelakiUpahan

Assalamualikum..
Bismillah..



Drama ini bersiaran bermula 30 Mac 2015, pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7.00 malam di slot akasia TV3. Drama ini Juga boleh disaksikan di laman tonton.com.my,kalau tak sempat menonton lah, tapi mana yang pakai astro beyond tu yang dah set recorder pada decoder boleh lah set record awal. Takpun korang boleh tonton online menerusi lama web TV3Malaysia

Barisan Pelakon
JUDUL : HATI PEREMPUAN
EPISOD : 28 episod
TARIKH : 30 Mac 2015 (Isnin-Khamis, 7.00 malam)
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Kas Roshan
SKRIP : Nieza Nahar
NOVELIS : Nur Ain Al-Abbas 
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Hafreez Adam, Hafeez Mikail,Ishak Hasimi, Nadzmi Adhwa, Bella Nazari, Zuhairie Ibrahim, Noniswara, Mustaqem Bahadhon, Azlan Azman, Beego, Niena Baharun, Azhar Sulaiman, Lia Asmizz, Hazwan Halim, Kuna Muzani, Ryiena Ismail, Khatijah Tan, Aidil Aziz, Hanafi Rahman
Sinopsis
''Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya"
Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?
“Kenapa ni?” - Tengku Zaril.
“This is yours?” - Yuhanis.
“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril.
“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis.
“I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril.
Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.
“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril.
“Takkan semudah itu.” - Yuhanis.
Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yuhanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya

No comments:

Post a Comment