Untuk mereka yang bergelar PEREMPUAN - .

01 April 2015

Untuk mereka yang bergelar PEREMPUAN

Perempuan ni..dorang pelik kan? Insan yang sukar difahami. Insan yang susah untuk ditafsir walaupun dari kaum mereka sendiri. Tapi, mereka adalah kaum yang paling penyayang. Tak kisah walau berkali kali dilukai tapi masih boleh bertahan untuk pertahankan sesuatu hubungan.

Mereka insan yang kuat, walau apapun dugaan yang datang..mereka serbu & tetap kuat menempuh. Perempuan ni..sebenarnya mereka sendiri sukar memahami diri mereka sendiri..mereka kaum yang penyayang & memiliki akal yang pendek. Sebab itu, Allah tidak meletakkan "talak" ditangan mereka..kalau tidak! Pasti ramai lelaki Malaysia yang jadi duda. Ya dak? Hehehe..

Perempuan ni..insan yang mudah memahami hati yang lain, tapi, mengapa hati mereka sukar difahami? Jawapannya ada pada mereka yang bergelar perempuan. Tapi, tidak semestinya..kerana aku yakin..mereka pun tiada jawapan untuk pertanyaan itu.

Perempuan dilahirkan sebagai insan yang dihormati..mereka perlu menjaga maruah diri untuk menjaga maruah keluarga. Kenapa? Kerana mereka insan istimewa. Perempuan adalah tulang belakang seorang lelaki. Kejayaan yang lelaki kecapi pasti datangnya dari perempuan dibelakangnya sebagai dorongan. Selalunya dorongan itu datangnya dari seorang perempuan yang bergelar isteri.

Perempuan. Bila mereka telah bergelar sebagai isteri kepada seorang lelaki, bermula dari situ..mereka tidak akan pernah kenal erti penat kerana mereka insan yang kuat. Mampu mengandungkan zuriat selama 9 bulan. Mereka mampu berkerja bila bila waktu..kekadang, waktu semua sedang tidur..mereka tidak akan tidur selagi kerja yang perlu mereka siapkan belum selesai.

Akhir coretan ini..hargailah wanita, hargailah ibu anda..hargailah mereka yang bergelar perempuan..sungguh! Mereka insan yang mudah dicuit hatinya.

3 comments: