Trip to Kuala Terengganu - .

04 June 2015

Trip to Kuala Terengganu

Assalamualaikum..
Bismillah..

Hai. Sudah lama aku tak menjengah blog ni. Tipulah kalau tak berhabuk tapi yang teruknya dengan sarang lebah sekali ada. LOL! Story kali ni kisah penjelajahan aku ke negeri kelahiran. Ic je "11" tapi tinggal dekat negeri orang. But, aku bangga jadi anak terengganu.

Okay. Berbalik kepada cerita sebenar. Aku balik kampung ni bukan suka suka sebenarnya..balik pun sebab aku terpaksa hadiri satu temuduga & ujian melukis sebelum sambung belajar dekat TATI Universiti Kolej dekat Kemaman. Tempat temuduga tu pulak dekat Taman Tamadun Islam..alaaaa yang ada Masjid Kristal tuh.

Aku bertolak dari Johor pada 31hb sebab kena cari masa untuk rehat setelah 7/8 jam dalam bas tuh. Malam tuh aku terpaksa naik bas Adik Beradik sebab bas Transnational mahal. Yang tu aku tak kesah, yang aku kesah pukul 9pm bertolak sampai pukul 4am. Kau ghasa? Tak laju ke mak? Selalu aku naik habis lewat sampai pukul 7am. Mak ai driver bas nih..tercabut jantung aku.

Sampai je dekat kampung aku terpaksa menumpang dekat rumah ibu saudara sebelah my mom. Petang tu bermulalah rancangan pertama. Pinjam motor mak sedara nak p travel umah mak sedara belah ayah. Susah weh bila balik kg takda parent sekali. Oh lupa..aku balik sekali dekat gulong..adik lelaki bawah aku. Macam biasalah, if balik umah mak sedara belah my dad benda pertama yang aku cari Kuih Pau..yummy! Dia taukeh..kira femes kot dekat area aku nih.

2/6 [8am]
Aku gerak ke Taman Tamadun Islam dekat sepupu & mak sedara sebelah my mom. Sampai je dekat sana aku sorang je yang ada..orang lain belum sampai. Sementara tu sempatlah selpi dulu beberapa keping gambar. Pukul 8 lebih macam tu aku yang pertama masuk dewan sebab nampak budak budak lain memasing macam liat je nak masuk dulu. Masa yang diberi selama 1 jam. Aku buat apa yang patut. Habis je masa sejam, pegawai yang bertugas panggil aku untuk ditemuduga. Kau ghase? Aku lulus tak? Alhamdulillah..aku lulus temuduga & 20/6 ni aku mesti hadirkan diri untuk pendaftaran sebagai pelajar rasmi TATiUC. Kos yang aku pilih ialah Senilukis grafik & media kreatif. Aku ni takdelah kreatif sangat..biasa biasa je. Heheheh..

Tujuan seterusnya, mak sedara bawak aku ke Pasar Payang. Kalau tak silap ni kali kedua aku jejak kaki dekat sana. Sikit kan? Sebab my dad jarang masuk bandar if balik sana. Bila masuk je dekat sana..kaki aku kaku..dia punya kueh, barang barang...benda yang aku jarang nampak dekat sini..kiranya amazing beb! Wau!!!!!!! Banyak benda yang aku nak beli tapi semuanya mak sedara yang sponsor..serba salah jugakkan..so terpaksa batalkan sesetengah niat aku tuh







Tak banyak pun gambar yang aku ambil..sikit je sebab terpegun sangat.

Hari kedua dekat sana. Petang tu mintak mak sedara yang lagi sorang belikan kueh bahulu. Dah lama gila kot tak makan..petang tu kitorang pergi Pantai Teluk Ketapang. Best sangat! Sebab kenapa aku excited..dah bertahun tahun tak pergi..my dad busy gila. Kalau balik pun lalu je..takda maknanya nak turun main main air..huahuahua











Last day kitorang dekat sana. Pagi tuh geraka awal sebab baru ada masa nak pergi umah tok. Rindu gila dengan dorang. Maklimlah, aku cuma ada yang sebelah umi, sebalah aboh semua dah takda..jadi aku mesti hargai dorang selagi dorang semua masih ada. Malam tu aku naik bas pukul 9pm. Mak sedara sebelah my dad hantarkan..sebab yang sebelah my mom aku dah banyak sangat susah kan dorang. Jadi, ni adalah kenangan yang memang aku tak dapat lupakan & alhamdulillah, tepat pukul 6am aku selamat sampai ke Terminal Bas Larkin. Syukur!

2 comments:

  1. welcome to terengganu . kg kite tuu

    ReplyDelete
  2. eh, pantai teluk ketapang dekat sangatlah tu dengan rumah saya. hewhew

    ReplyDelete