Tragedi bulan Julai - .

23 July 2015

Tragedi bulan Julai

Assalamualaikum..
Bismillah..

Dah terlampau lama rasanya aku tak buka blog ni..inikan pulak singgah -_-
Maaf ya bagi sesiapa yang sentiasa menunggu aku update blog ni *perasan
Aku dah lama tak buka sebab laptop tertinggal dekat rumah..aku datang belajar pun bawak diri jee..dekat sini bukan takde komputer, ada je cuma macam tulah..aku tak suka orang yang aku kenal disekeliling baca luahan hati aku dekat sini.. *penyakit

Banyak kejadian yang tidak diingini berlaku dalam bulan ni. Kes pertama..masalah pinjaman yang bakal aku terima,,aku tak boleh buat sorang sorang..nak cikgu, nak parent *menangis
Jujurlah aku kata, aku belum pandai berdikari setakat ni *hampeh
Kejadian kedua, pintu bilik aku bermasalah sampai satu masa aku terkurung sorang-sorang dekat dalam bilik sambil tu roomate yang ada dekat luar sibuk ketawakan aku *hampehpunyaroomate
Kes tu dah selesai..

Kes ketiga, ada orang ketuk pintu bilik setiap pukul 1, 2 & 3pagi *seram
siasat punya siasat, budak bilik sebelah punya angkara tapi tu bulan puasa,,kata lect bulan tak puasa nanti bersedialah semua yaa.. *kalinibetulseram
Kes keempat, roomate aku penakut,,kadang-kadang aku pun naik takut dengan perangai takut dia tu *aptb
Kes kelima, masalah nak balik kampung untuk cuti raya..maing-masing tertekan pasal tiket. Lastly, MPP bagi idea suruh kitorang balik raya dengan bas TATI *lega

Kes keenam, bapak aku cakap dia beraya dekat johor..masalahnya siapa yang ada dekat joho? Parent aku asal terengganu kot..akhirnya tu cuma helah nak kenakan aku.. *geram
Kes ketujuh, parent aku tinggalkan aku dengan budak gemok dipagi raya..dalam pukul 11pagi baru dorang balik..itupun kantoi pergi beraya tanpa aku dengan si gemuk *pasrah
Kes terakhir, aku cuti cuma seminggu & mesti balik ke kolej hari sabtu ni *meronta-ronta

Sekian tragedi aku *ketawa jahat
Sebelum tu aku nak minta maaf & minta ampun andai sepanjang aku menjadi penulis blog ni ada terkasar bahasa atau terkurang ajar atau terlebih ajar..maaf zahir & batin ya, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

No comments:

Post a Comment