Sayang.. - .

28 October 2015

Sayang..

Assalamualaikum..

Kadang kadang..bila hati dah mula sayangkan seseorang dan kita bersedia untuk melupakan dia mesti akan terdetik di hati.. "sayang pulak nak lupakan dia" masa tu..kau kena biarkan kata kata hati kau..teruskan daripada kita terus menyiksa jiwa sendiri.

Kadang kadang..boleh gila kalau sehari tak jumpa atau tak nampak muka dia. Kita mesti akan usahakan jugak walau macam mana sekalipun untuk tenangkan jiwa. Tapi bila dah jumpa..bukannya tenang tapi makin meronta ronta mintak untuk jumpa lagi..pendek kata nak tengok puas puas.

Kadang kadang..kita akan senyum sorang sorang bila teringatkan moment indah dengan dia...kadang kadang kita akan lakonkan balik saat saat kejadian yang membuatkan kita senyum sorang sorang..

Ni semua adalah dari segi pengalaman aku je..benda yang merosakkan jiwa ni dah lama aku tinggalkan..bukan saja boleh buat aku lupa sang pencipta..tapi hingga lalai seolah aku memuja cinta didepan mata. Cinta adalah kurniaan dari Dia, tapi kita yang silap menggunakannya..

Selamat tengah hari

No comments:

Post a Comment