Jumaat terakhir - .

25 December 2015

Jumaat terakhir

Assalamualaikum..

Dah lama sangat tak update blog. Sibuk dengan assignment..nasib baik bukan assesment final kalau tak dah sah aku tak kenal blog lagi untuk bulan ni. Sedar atau tak lagi berapa hari kita nak masuk tahun baru..kan? Umur pun dah meningkat..lagi setahun dah 20tahun. Aishh! Nak sentiasa muda. Kehkehkeh!

Percaya atau tak, sedar atau tak..hari ni 25 Desember 2015 merupakan jumaat terakhir bagi tahun 2015. Nak atau tak, kita kena tinggalkan segala kesakitan, segala kenangan..tapi kenangan perkara mustahil. Kalau tak sibukkan diri dah sah teringatkan kenangan bukan? Sebab tu, untuk tahun 2016 yang akan datang ni..aku nak sibukkan diri dalam segala perkara. Aku nak lupakan rasa "sayang" yang masih berdiri tegak dalam diri tapi nampak dari gaya macam dah perlahan-lahan layu. Doakan aku temui ketenangan okay.

Okaylah! Setakat ni saja coretan aku untuk korang. InshaAllah masuk 1/1/2016 nanti aku coretkan lagi. Mungkin untuk kisah baru? Cinta baru? Oh no! Taknak lagi..hehehe.

Signature,
umsyfa

No comments:

Post a Comment