Bila aku sudah tiada - .

20 January 2016

Bila aku sudah tiada

Assalamualaikum..
Bismillah..

Mungkin adakalanya aku jauh tersasar saat cuba menjaga hati orang yang aku sayang. Aku cuba jadi yang terbaik sebelum nafas terhenti, sebelum roh aku dikeluarkan dari jasad..aku cuba! Adakalanya juga, aku terpaksa rasakan balik balasan Allah terhadap kelakuan aku kepada orang disekeliling..sungguh tiada niat. Sungguh aku tak sedar..sungguh aku tiada niat walaupun sebesar zarah.

Tatkala aku cuba memujuk kembali hati mereka yang semakin tawar, aku yang terpaksa berkorban rasa..terpaksa makan hati sedangkan orang lain makan nasi..hehehe *tak lawak

Tapi, seandainya nyawa aku dah tak lama lagi..aku tak boleh nak halang..tapi aku tak mampu halangi rasa gembira mereka sebelum waktu mereka berduka. Aku cuba jadi insan yang sentiasa diingati saat pergi, jadi insan yang dirindui saat hilang dari pandangan..aku cuba tapi semua itu dari Allah..andai aku berjaya..aku tenang..andai aku gagal, waktu tu tak mungkin lagi kembali..tak mungkin.

Percaturan Allah lagi hebat dari hambanya yang hina..aku hanya hamba yang bersujud pada Allah tapi apa yang lagi hina bila kau lupa Allah saat aku suka tapi kembali padanya saat aku sedih..sungguh aku terasa sangat hina & malu. Untuk terakhir tatapan ni..sayangkan mereka yang pernah hadir..aku sayangkan mereka yang sentiasa ada saat susah senang aku. Bila aku dah takde..doakan aku. Kita jumpa dekat sana

No comments:

Post a Comment