Kena buang kerja. Gaji mana? - .

23 April 2016

Kena buang kerja. Gaji mana?

Assalamualaikum..
Bismillah..

Okaylah memandangkan aku free harini lepas 7 hari tak berehat dengan petang ni hujan lebat dekat Pontian ni, aku ingat nak kongsi cerita sikit dengan semua.
Masa tu 16/4 hari pertama aku kerja. Kerja tempat biasa je, kedai baju. Ni pengalaman ketiga aku lah sebagai pekerja.

Hari pertama tu aku okay lagi walaupun hati ni meronta-ronta nak balik cepat. Waktu aku kerja 12 tengahari sampai 10 malam..singkat tapi memenatkan memandangkan aku ni biasa tidur lewat jadi waktu rehat tu sikit saja.

Hari kedua aku agak tak selesa dengan boss aku sebab dia ni garang sikit..kira okaylah dia pesan kalau tak tahu harga baju or anything boleh tanya tapi yang buat aku tak puas hati kenapa bila setiap kali aku tanya dia perlu tarik muka. Macam nak marah pun ada sebab aku selalu tanya dia pasal harga ni semua. Aku pun tak tahu sebab kebanyakkan baju dekat situ dia tak letak tanda harga.

Hari ketiga aku makin tak selesa, kadang aku tekad nak berhenti tapi sebab aku cadang nak buat lesen kereta dengan duit gaji tu jadi aku lupakan. Niat aku cuma nak bertahan..

Petang tu aku dapat panggilan..aku kena balik kolej sebab ada urusan. Memandangkan perjalanan ke Terengganu tu ambil masa sehari jadi aku mintak cuti selama 3 hari. Dia agak berat tapi sebab aku jelaskan pada dia sebab kenapa aku nak cuti barulah dia bagi.

Semalam 22/4 sepatutnya aku dah masuk kerja pukul 12 tengahri tu tapi sebab bas yang aku naik sampai lambat ke destinasi so aku terpaksa ponteng kerja dengan aku masa tu gastrik sebab tak makan dari pagi, Dalam 12.04 tengahari tu aku dapat panggilan dari dia bunyi dia maki-maki aku dengan nada keras.

Sampai rumah aku tenang kan diri aku, Masa tu niat aku nak makan aku lupakan..perut yang sakit sampai hilang macam tu saja. Aku fikir dalam-dalam, mintak pendapat umi..mintak pendapat kawan-kawan baik aku..akhirnya aku buat keputusan untuk berhenti. Mungkin rezeki aku ada dekat tempat lain.

Tengahari ni aku pergi tempat kerja..aku tenangkan diri, aku biarkan dulu angin panas aku yang masih belum hilang sejak semalam. Masuk dalam kedai aku senyum dekat boss walaupun masa tu teruk dia perli aku. Tapi siapa sangkat senyuman dia terhenti bila dengar yang aku nak undur diri..hahaha!

Perasaan aku masa tu tak payah cakap..bila tebgok dia yang awalnya senyum sinis bila pandang aku akhirnya senyuman tu hilang..

Tapi yang terakhir aku paling kecewa, aku masih ingat masa hari pertama aku kerja. Dia cakap gaji aku dibayar atas dasar sehari aku datang kerja. Kalau harini aku datang maknanya duit tu automatik akan masuk dalam gaji aku, kalau harini aku tak datang duit gaji aku akan dipotong..tapi mana gaji aku selama 3 hari tu? Kalau ikutkan aku dapat RM90..walaupun sikit pada mata semua tapi sekurangnya aku boleh hulurkan sikit dekat mak aku.

Tapi takpalah..bak kata umi "Kita jadikan harini sebagai pengajaran" mungkin rezeki aku dekat tempat lain. Kerja macam ni pun kau rasa nak putus asa..nanti bila dah kerja tetap lepas habis belajar? Renungkan untuk semua dan diri sendiri..patutlah bila aku tengo perkerja dekat kedai tu semua tak tahan lama..setiap minggu akan ada muka lain yang kerja..hehehe


2 comments:

  1. for sure memang kena berhenti. dapat bos macam puaka lagu tu, memang kena fikir berhenti je. rezeki ada dimana-mana. yes. kirim salam kat mak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..inshaAllah..nanti saya sampaikan :)

      Delete