SAKIT HATI - .

07 August 2016

SAKIT HATI

Assalamulaikum..
Bismillah..

Tajuk kali taklah seberapa gempak tapi yang pasti punyai banyak maksud. Semua dari kita, tipu lah kalau tak pernah rasa sakit hati kan. Tak kira masa, keadaan atau tempat sekalipun kadang-kadang perasaan sakit hati ni boleh datang tanpa kita pinta. Selalunya persaan tu akan hadir bila munculnya perasaan marah yang kadang berpunca dari salah faham, pergaduhan mulut ke mulut atau sebaliknya.

Bagi aku, mereka yang bijak akan cuba bersangka baik dari mengelak berlakunya persefahaman yang boleh memudaratkan. Tak semua orang mampu berkata-kata dengan baik saat amarah sedang menguasai. Tak semua orang mampu buat, kadang hanya yang terpilih sahaja yang mampu melawan arus sebuah kemarahan yang berpunca dari berlakunya adegan sakit hati tadi.

Melalui pemerhatian aku sendiri, sakit hati ni juga boleh muncul antara emosi sedih dan gembira, contohnya lebih kurang macam bila kita sedang bersedih..kita juga mungkin perlukan orang lain untuk luahkan segala isi hati tapi andaikan tidak di endah pasti kita yang sakit hati *pernah kena. Kadang, benda kecil macam ni boleh menyebabkan berlakunya sebuah cerita dendam..walaupun sesetengah dari kita menganggap perkara begini kecil tapi yang pastinya mereka yang kurang bijak dalam mengawal sesebuah perasaan amarah pasti akan tenggelam dalam arus tersebut.

Ingat satu perkara, semua perasaan yang boleh memudaratkan diri selalunya datang dari diri kita sendiri tapi semuanya bergantung pada diri kita samada mahu gunakanya kearah kebaikan mahupun keburukan. Kemarahan tak selamanya menyelamatkan kita.

No comments:

Post a Comment