Wednesday, May 20

DEPRESI: SAKIT LAGI

Assalamualaikum
Bismillah

Salam Ramadhan ke-27 kawan. Masih aku dirajah yang sama. Menghitung satu persatu hitungan hari. Bila rasa ini akan pergi. Tak banyak yang aku ingin perkatakan. Yang pasti, sedikit sebanyak rasa yang mengcengkam ini.

2 minggu dulu, aku insan yang paling bahagia. Mungkin paling sihat. Paling semangat dan paling paling itu ini.

Dan minggu ini, aku kembali dalam dunia kelam. Teringat aku tentang penyakit ini. 2 minggu yang memenatkan dan 2 minggu yang mengasyikkan. Minggu yang terlampau menyedihkan, hanya mati yang aku fikirkan. 

Aku lelah, aku penat
Bolehkah aku pergi, tanpa cerita? Tanpa khabar berita
Pergi tanpa siapa yang bersedih?

Bukan iman yang menjadi ukuran, bukan hilang akal yang menjadi penyebab. Zahirnya terlihat tapi batinnya berkemuncak.

Sekian


1 comment:

  1. Assalamualaikum. Semoga Allah terus memberi kekuatan dan semangat utk sahabat saya ni. In Shaa Allah, amiinn..

    ReplyDelete